Followers

Showing posts with label pusat membeli belah. Show all posts
Showing posts with label pusat membeli belah. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

Laos : Vientiane - Part 1

23 November 2012

Berlepas ke Vientiane Ibu Negeri Laos dengan pesawat AirAsia AK1412  jam 7.35 pagi. Tiba di Vientiane jam 9.10 pagi waktu tempatan. Waktu Laos satu jam lewat dari waktu Malaysia.Selepas selesai urusan imigresen dan kastam, kami ke kaunter money changer untuk menukar matawang USD ke matawang Laos kip. Pertukaran matawang Laos boleh aje di buat apabila sampai di pusat bandar Vientiane. Kadarnya lebih kurang sama aje seperti yang kami perolehi di Watty International Airport. Kami hanya tukar jumlah yang kecil aje. Matawang Laos ( kip ) tidak sah diniagakan di luar daripada Laos. Jadi kalau ada lebihan sebelum pulang ke tanahair, lebih baik ditukarkan semula ke matawang USD.

Selepas selesai urusan pertukaran matawang, kami ke kaunter teksi untuk mebeli kupon. Tambang teksi dari airport ke pusat bandar adalah 7 USD atau 57,000 kip. Kalau nak dapatkan perkhidmatan tuk tuk pun ada cuma perlu keluar dari bangunan airport untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.



Penginapan kami pada hari pertama di Laos. Kos penginapan USD40 untuk 3 orang. Family room dengan 3 katil single. Hotel ini tak ada lif jadi terpaksalah kami panjat tangga ke tingkat 4. Harga bilik beserta sarapan pagi.


Pengangkutan utama kami semasa di Laos. Tuk-tuk. Tuk-tuk sentiasa aje ada di hadapan hotel. Tambang bergantung kepada jarak. Tapi kenalah pandai bargain. Dia orang letak harga ikut suka aje. Lepas check in hotel, kami ambil tuk-tuk ke Thalat Sao, shopping kompleks terbesar di Vientiane. Tambang 30,000kip. Matawang Laos dikenali sebagai kip. Kadar pertukaran 1USD = 4,000 kip


Selain Thalat Sao, kalau nak shopping boleh ke Morning Market. Terletak bersebelahan dengan Thalat Sao. 


Morning Market ini lebih kurang macam Pasar Chow Kit Road di Kuala Lumpur. Bangunan 2 tingkat, tingkat bawah ada dijual barangan keperluan dapur, household products, barang-barang elektrik, makanan siap masak, makanan kering, makanan basah, jualan kain tenunan Laos dan macam-macam ada. Macam ASTRO lah pulak. Di tingkat atas terdapat kedai-kedai emas dan batu permata.



Makanan halal mudah didapati di Vientiane. Kami kerap mengunjungi Fatima Restaurant sepanjang tempoh kami berada di sini. Makanan Malaysia, India dan Laos disediakan dengan harga yang berpatutan dan rasanya pun sedap. Terdapat restoren makanan halal yang lain juga seperti Nazim Restoren dan Noor Din Restoren.


Thosai antara menu yang disediakan di Fatima Restaurant. Sedap...Harga sekeping 10,000 kip lebih kurang RM4


Kawan aku pilih Thosai Telur yang dimakan dengan kari dhal dan chutney kelapa. Harganya 15,000 kip


Teh halia minuman kegemaran kami semasa di Vientiane. Rasanya memang sedap kalah kedai Ali Maju di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur. Nak repeat Vientiane lagi sekadar menikmati Teh Halia Fatimah Restaurant. Tukang masaknya didatangkan dari India. Fasih berbahasa Melayu. Katanya dia bekerja selama 5 tahun di Brunei.


Yang ditengah tu, menantu tokeh kedai. Fatima adalah ibu mertua wanita ini. Wanita Laos yang berkahwin dengan lelaki India Muslim.

Disebelah malam, kami jalan-jalan di pasar malam yang terletak di Mekong River Front. Naik tuk-tuk dari hotel 20,000 kip untuk 3 orang. Kalau larat boleh aje jalan kaki, tak jauh pun dari tempat penginapan kami. Macam-macam ada dijual di sini sebagaimana lazimnya pasar malam di mana-mana pun. Cabarannya di sini adalah bahasa. Guna bahasa isyarat aje ( sign languange ). Kalau susah-susah sangat cakap aje Melayu. Kalau cakap Inggeris pun  bukannya mereka faham. So jadi macam cakap ayam dengan itiklah.








Cenderahati dari Laos untuk rakan-rakan dan saudara mara di Malaysia.T-shirt 100% cotton buatan Laos.
Pasar malam di sini bersih dan barang-barang yang tidak digunakan disusun kemas.

Tuesday, 21 June 2011

Institut Pengurusan Peladang, Langkawi

Assalamualaikum semua,

Pandangan di lobi Institut Pengurusan Peladang, Langkawi

Sepanjang tempoh berada di Langkawi dari 20 – 24 hb Jun  aku menginap kat Institut Pengurusan Peladang ( IPP ). Ada sesuatu yang baru kat IPP ni. Nak tahu apa? Ada WiFi. Best kan? Tak payah nak guna broadband yang aku bawa. Aku berblogging ni pun dari  atas katil dalam bilik kat IPP. Inilah kemudahan yang terkini di IPP Langkawi. Ada banyak lagi kemudahan kat sini. Anda bacalah seterusnya.
Aku celoteh sikit pasal IPP untuk pengetahuan bagi yang belum mengetahuinya. IPP dibangunkan di kawasan seluas 2.25 ekar dan dihubungkan dengan jalanraya ke kawasan-kawasan strategik seperti lapanganterbang, kawasan pelancongan sekitarnya, Book Village, pusat kebudayaan, jeti Kuah, pusat membeli belah dan medan selera. Jarak antara IPP dan tempat-tempat ini aku update kemudian. Kena buat research sikit.
Kemudahan yang disediakan di IPP Langkawi anda baca kat bawah ni:
Penulis dan rakan-rakan di ruang legar IPP Langkawi

1.   Ruang legar yang luas dan selesa untuk istirehat dan menonton TV walaupun dah ada TV kat setiap bilik
2.     Dewan seminar/mesyuarat yang boleh menempatkan 230 orang dalam satu masa
3.     6 buah bengkel yang boleh menempatkan 25 – 50 orang bagi satu bengkel dalam satu masa mengikut jenis bengkel
Latihan sedang berjalan di makmal komputer


4.     Makmal komputer dengan 35 unit komputer
5.     8 jenis bilik penginapan yang boleh menempatkan sejumlah 250 orang dengan kadar sewa yang berpatutan
Menjamu selera di kafetaria IPP Langkawi

6.     Sebuah kafeteria
Set makan malam  di IPP Langkawi
7.     Surau lelaki dan wanita
8.     Berhampiran Kompleks Sukan Langkawi bagi sukan badminton, boling padang serta bola sepak dan berhampiran dengan pusat ‘Futsal’ dengan 3 padang
Kat IPP ni ada 111 bilik pelbagai jenis untuk disewakan. Nanti aku sertakan dengan gambar tak sempat nak ambil gambar lagi.