18 September 2012
Jam 5.00 petang aku dan beberapa orang teman bertolak menuju ke Taiping, Perak. Kali ini bukan bercuti tapi berjalan atas urusan rasmi. Sampai di bandar Taiping jam 11.30 malam. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping mengambil masa lebih kurang 6 jam setengah selepas mengambilkira berhenti solat dan makan malam di Hentian Tapah selama 45 minit dan juga Laketown Bukit Merah Hotel. Memandangkan kami tidak membuat tempahan awal sebelum bertolak, cadangan awalnya untuk menginap di Bukit Merah terpaksa dibatalkan kerana kadar sewa hotelnya diluar kelayakan kami. Sebelum sampai di Hotel Seri Warisan, Taiping kami singgah sebentar di Hospital Taiping kerana salah seorang dari kawan kami sakit perut kerana kerancunan makanan. Memandangkan orang agak ramai di hospital , kami tinggalkan kawan tu untuk mendapatkan rawatan dan pergi mencari hotel untuk menginap pada malam ini. Hotel ini berada tak jauh dari Hospital Taiping.
 |
| Kaunter Pendaftaran Hotel |
 |
| Lobby Hotel |
 |
| Lobby Hotel |
 |
| Lobby Hotel |
 |
| Sofa yang diletakkan dihadapan kaunter pendaftaran |
 |
| Sofa untuk santai santai sementara menunggu pendaftaran |
 |
| ruang dalam bilik penginapan |
 |
| Katil Queen Size dengan tilam yang empok. |
 |
| Bilik air yang spacious |
 |
| bahan mandian disediakan |
 |
| Tuala mandi juga disediakan |
 |
| meja untuk menulis dan cermin besar |
 |
| almari pakaian |
 |
| cerek letrik, cawan dan nescafe, krimer dan gula turut disediakan |
Semasa daftar masuk kami dimaklumkan hotel ini baru saje 2 bulan beroprasi. Di sini saya kongsikan gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.