Followers

Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Wednesday, 5 October 2011

Bandar Tawau, Sabah



Tawau mendapat jolokan sebagai ' Bumi Peladang '. Ini kerana sebahagian besar muka buminya kini adalah kawasan perladangan. Dahulu ketika awal kewujudan Tawau ketika zaman pemerintahan British iaitu sebelum era kemerdekaan, kawasan Tawau dipenuhi dengan ladang kelapa ( kopra ), getah dan pisang lanut ( abaka ), kini wajah Tawau sudah berubah wajah dengan pokok-pokok kelapa sawit yang terbentang luas jika dilihat dari atas muka bumi dan sebahagian kecilnya masih ditanam dengan tanaman koko yang dulunya juga pernah menjadi identiti daerah Tawau. Sebahagian besar ladang-ladang kelapa sawit ini adalah dimiliki Sime Darby Corporation, Sabah Softwood Sdn Bhd dan Borneo Samudera ( Sawit ) Sdn Bhd.

Tawau juga boleh dikatakan sebagai 'Syurga Pendatang' kerana di sinilah ratusan ribu rakyat Indonesia dan rakyat Filipina yang teramai di Malaysia, datang bekerja secara sah dan menggunakan pasport untuk mencari rezeki yang halal dan menjanjikan pendapatan yang lebih baik berbanding di negara mereka. Kehadiran mereka adalah terkawal namun kewujudan mereka dengan jumlah terlalu ramai dan luar biasa memberikan satu fenomena yang menarik dan menjadi identiti Bandar Tawau yang sangat dibanggakan. Di Tawau ini, anda boleh melihat di mana-mana saja, rakyat Indonesia dan rakyat Filipina berada dan berjalan bebas seperti rakyat tempatan asalkan ada dokumen perjalanan yang sah. Fenomena seperti ini yang jarang ada di tempat lain. Setiap hari juga di jeti pendaratan berdekatan pelabuhan Tawau , ribuan rakyat Indonesia dan Filipina berulang alik untuk datang dan pergi ke kampung halaman mereka di Tanah Bugis, Sulawesi selatan ( Pelabuhan Pare-pare ) atau Kepulauan Sulu dan Tanah Mindanao ( Zamboanga City ) di Filipina. Satu pemandangan yang cantik dan sangat luar biasa.

Tawau juga mempunyai banyak keistimewaan lain seperti hutan semulajadinya yang merupakan kategori hutan tertua di dunia. Maliau Basin dan lembah Danum telah diakui sebagai khazanah hutan yang sangat berharga di dunia. Di Tawau adanya Hutan Simpan Bukit Gemuk yang begitu cantik pemandangannya jika dilihat dari jauh. Begitu juga Taman Negara Bukit Tawau atau juga dikenali sebagai Kawasan Peranginan 'Table'. Tempat ini menjadi kunjungan para warga Tawau yang inginkan ketenangan dengan kehijauan hutan rimba dan kedamaian deruan air terjun dan jeram yang mempesona. Di Taman Bukit tawau ini juga disediakan kemudahan hotel dan chalet dengan harga yang berpatutan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini. Selain itu, di sini juga disediakan kawasan untuk mereka yang suka mengadakan aktiviti perkhemahan. Mengikut maklumat pihak Pengurusan Taman Bukit Tawau ini, terdapat juga sebuah pokok tertua yang dikatakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara berdekatan taman peranginan ini. Pokok ini adalah daripada jenis pokok Tualang atau di Sabah ia lebih dikenali sebagai Pokok Menggaris.

Sumber: Wikipedia

Thursday, 22 September 2011

Perjalanan 6 hari 5 malam ke Sabah

Hari ini aku ke Kota Kinabalu, Sabah. Seperti kebiasaanya kalau travel aku memilih AirAsia kerana tambangnya yang murah. Tiket ke Kota Kinabalu telah aku beli pada bulan November tahun lepas dengan harga RM100.  Perjalanan kali ini mengambil masa selama 6 hari 5 malam. Perjalanan kali ini juga aku ditemani rakan yang sentiasa travel bersama ku. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Pesawat AK5110 yang berlepas dari LCCT ke Kota Kinabalu pada jam 2.10 petang tiba tepat pada waktunya 4.40 petang. 

 Pandangan dari tingkap kapalterbang