Followers

Showing posts with label Keropok Amplang. Show all posts
Showing posts with label Keropok Amplang. Show all posts

Tuesday, 11 October 2011

Keropok Amplang Makanan Terkenal Tawau, Sabah


Keropok Amplang


Keropok Amplang adalah antara makanan yang sangat terkenal di Sabah terutamanya di daerah Tawau. Ia merupakan antara hasil usahawan tempatan Tawau yang terkenal di dalam mahupun luar kawasan Tawau. Keropok ini hanya boleh didapati di Tawau dan sekitar Kota Kinabalu sahaja. Kepada pengunjung Pasar Tanjung Tawau terutamanya pelancong dari luar, adalah menjadi satu kemestian untuk  membeli keropok Amplang sebagai buah tangan untuk kawan dan ahli keluarga.

Keropok amplang diperbuat daripada ikan atau udang. Rasanya lemak dan rangup. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Keropok Amplang ialah Ikan Tenggiri, Tepung , Kanji, Minyak masak, Bawang Putih, Telur, Gula, Garam dan serbuk perasa yang dibenarkan. Kebiasaaanya dijual dalam bungkusan kecil RM1, RM5 dan RM10.