Followers

Wednesday, 6 August 2014

Jalan jalan Macau

Dah lama betul aku tak update blog ini. Dah bersawang, macamkan rumah tinggal. Tapi sebab rasa tanggungjawab kepada pengunjung blog aku ini, so aku ingat nak mula menulis semula. Sejak Januari tahun lepas hingga kini adalah aku pi merayau beberapa negara luar cuma masa aje  tidak mengizinkan untuk aku menulis. Macam mana pun aku mulakan dengan perjalanan aku ke Macau. Sementara cari idea untuk terus berceloteh, kau orang cuci mata dengan gambar gambar perjalanan ku ke Macau.
 

Jadual Penerbangan ke Macau dengan Air Asia dan kos tiket


 



 


Daftar masuk hotel

Pandangan di lobi hotel

Jalan menuju ke hotel  penginapan kami

Salah satu pandangan jalanraya di Macau

Pandangan jalanraya di Macau
Salah satu tarikan pelancung ke Macau The Senado Square

Wednesday, 23 January 2013

Hat Yai - Part 1

18 Januari 2013

Perjalanan bagi tahun 2013 aku mulakan dengan Hat Yai. Perjalanan kali ini aku memilih untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan Keretapi Tanah Melayu ( KTMB ). Tren Senandung Langkawi ke Hat Yai dari Kuala Lumpur dengan tambang RM60. Keretapi bergerak  jam 9.20 malam. Dengan teman mengemabara baru. Bukan baru aku kenal tapi baru pertama kali mengembara dengannya. Teman-teman yang biasa mengembara dengan aku tak dapat turut serta kali ini kerana ada komitment lain yang lebih penting yang perlu diutamakan. Tiket keretapi boleh dibeli di kaunter KTMB atau beli secara online di https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket


Penumpang duduk sementara menunggu waktu nak tidur. Berbual-bual dengan jiran sebelah sementara menunggu mata mengantuk. Seorang pelancong asing turut menggunakan perkhidmatan Keretapi Senandung Langkawi.

Tempat tidur aku semasa dalam perjalanan ke Hat Yai. Selesa. Tilamnya pun empuk. Walaupun terasa bergoyang apabila keretapi bergerak tapi bila mata dah lelap tak rasa apapun.


Beginilah keadaan di dalam koc

Tirai tempat tidur dilabuhkan apabila penghuninya melelapkan mata.








Sunday, 23 December 2012

Laos - Vang Vieng Part 3

24 November 2012


Program kami di Vang Vieng diteruskan dengan melawat ke Blue Lagoon. Dari pekan Vang Vieng kami menaiki tuk tuk dengan kadar bayaran 40,000 kip.







Pemandangan ke Blue Lagoon.






































Tuesday, 18 December 2012

Laos - Vientiane Part 2

24 November 2012

Hari kedua kami di Laos diteruskan dengan perjalanan ke Vang Vieng.





Inilah bas yang membawa kami ke Vang Vieng. Perjalanan dari Bas Station Vientiane ke Vang Vieng mengambil masa selama 3 1/2 jam. Kami beli tiket bas di kaunter hotel. Dari hotel ada tuk tuk yang datang ambil kami dan bawa ke Station Bas Vientiane.


Selepas hampir 2 jam perjalanan, kami berhenti untuk toilet stop selama 15 minit. Boleh juga kalau nak makan.



Di Vang Vieng kami menginap di Popular View Guesthouse. Aku book melalui booking.com dengan harga USD40 semalam bagi bilik dengan 3 katil bujang beserta sarapan pagi.


Kami berjumpa dengan seorang lelaki rakyat Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu Mat. Kenalan baru kami ini  dengan slang kelantan yang pekat bercerita yang dia mengembara dari Kuala Lumpur ke Bangkok dan seterusnya ke Utara Thailand hingga ke Nonkhai sebelum memasuki Laos melalui Luang Prabang hanya dengan menaiki motosikal berkuasa rendah. Senang cerita motor kapcailah. Boleh percaya ke? Tapi itulah realitinya. Kami sangat kagum dengannya. Tanpa ada membawa apa-apa spare parts motorsikal dia berkelana seorang diri. Kau orang nak tahu tak, Cikgu Mat ini menjadi subjek utama perbualan kami sepanjang tempoh kami berada di Laos. Sehingga kami menyangkakan Cikgu Mat ini adalah seorang wali Allah yang diutus untuk membantu kami.

Ceritanya begini, perancangan awal kami selepas ke Vang Vieng adalah  meneruskan perjalanan ke Luang Prabang.Tapi selepas berjumpa dengan Cikgu Mat kami mengubah rancangan kami ke Luang Prabang, instead tambah satu hari lagi di Vang Vieng. Cikgu Mat bagi tahu kami ada berlaku kemalangan di mana bas yang dalam perjalanan dari Luang Prabang ke Vientiane telah tergelincir dan jatuh ke dalam gaung  sedalam 300 kaki. Kejadian baru saje berlaku katanya, dan dalam bas tersebut terdapat penumpang dan mangsa-mangsa kemalangan itu masih belum lagi di bawa naik ke atas lagi. Beliau menasihati kami untuk tidak ke Luang Prabang kerana kejadian baru saje berlaku dan keadaan jalan ke sana melalui kawasan tanah tinggi sementelah pula jalan licin disebabkan waktu tu musim hujan.

Laos : Vientiane - Part 1

23 November 2012

Berlepas ke Vientiane Ibu Negeri Laos dengan pesawat AirAsia AK1412  jam 7.35 pagi. Tiba di Vientiane jam 9.10 pagi waktu tempatan. Waktu Laos satu jam lewat dari waktu Malaysia.Selepas selesai urusan imigresen dan kastam, kami ke kaunter money changer untuk menukar matawang USD ke matawang Laos kip. Pertukaran matawang Laos boleh aje di buat apabila sampai di pusat bandar Vientiane. Kadarnya lebih kurang sama aje seperti yang kami perolehi di Watty International Airport. Kami hanya tukar jumlah yang kecil aje. Matawang Laos ( kip ) tidak sah diniagakan di luar daripada Laos. Jadi kalau ada lebihan sebelum pulang ke tanahair, lebih baik ditukarkan semula ke matawang USD.

Selepas selesai urusan pertukaran matawang, kami ke kaunter teksi untuk mebeli kupon. Tambang teksi dari airport ke pusat bandar adalah 7 USD atau 57,000 kip. Kalau nak dapatkan perkhidmatan tuk tuk pun ada cuma perlu keluar dari bangunan airport untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.



Penginapan kami pada hari pertama di Laos. Kos penginapan USD40 untuk 3 orang. Family room dengan 3 katil single. Hotel ini tak ada lif jadi terpaksalah kami panjat tangga ke tingkat 4. Harga bilik beserta sarapan pagi.


Pengangkutan utama kami semasa di Laos. Tuk-tuk. Tuk-tuk sentiasa aje ada di hadapan hotel. Tambang bergantung kepada jarak. Tapi kenalah pandai bargain. Dia orang letak harga ikut suka aje. Lepas check in hotel, kami ambil tuk-tuk ke Thalat Sao, shopping kompleks terbesar di Vientiane. Tambang 30,000kip. Matawang Laos dikenali sebagai kip. Kadar pertukaran 1USD = 4,000 kip


Selain Thalat Sao, kalau nak shopping boleh ke Morning Market. Terletak bersebelahan dengan Thalat Sao. 


Morning Market ini lebih kurang macam Pasar Chow Kit Road di Kuala Lumpur. Bangunan 2 tingkat, tingkat bawah ada dijual barangan keperluan dapur, household products, barang-barang elektrik, makanan siap masak, makanan kering, makanan basah, jualan kain tenunan Laos dan macam-macam ada. Macam ASTRO lah pulak. Di tingkat atas terdapat kedai-kedai emas dan batu permata.



Makanan halal mudah didapati di Vientiane. Kami kerap mengunjungi Fatima Restaurant sepanjang tempoh kami berada di sini. Makanan Malaysia, India dan Laos disediakan dengan harga yang berpatutan dan rasanya pun sedap. Terdapat restoren makanan halal yang lain juga seperti Nazim Restoren dan Noor Din Restoren.


Thosai antara menu yang disediakan di Fatima Restaurant. Sedap...Harga sekeping 10,000 kip lebih kurang RM4


Kawan aku pilih Thosai Telur yang dimakan dengan kari dhal dan chutney kelapa. Harganya 15,000 kip


Teh halia minuman kegemaran kami semasa di Vientiane. Rasanya memang sedap kalah kedai Ali Maju di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur. Nak repeat Vientiane lagi sekadar menikmati Teh Halia Fatimah Restaurant. Tukang masaknya didatangkan dari India. Fasih berbahasa Melayu. Katanya dia bekerja selama 5 tahun di Brunei.


Yang ditengah tu, menantu tokeh kedai. Fatima adalah ibu mertua wanita ini. Wanita Laos yang berkahwin dengan lelaki India Muslim.

Disebelah malam, kami jalan-jalan di pasar malam yang terletak di Mekong River Front. Naik tuk-tuk dari hotel 20,000 kip untuk 3 orang. Kalau larat boleh aje jalan kaki, tak jauh pun dari tempat penginapan kami. Macam-macam ada dijual di sini sebagaimana lazimnya pasar malam di mana-mana pun. Cabarannya di sini adalah bahasa. Guna bahasa isyarat aje ( sign languange ). Kalau susah-susah sangat cakap aje Melayu. Kalau cakap Inggeris pun  bukannya mereka faham. So jadi macam cakap ayam dengan itiklah.








Cenderahati dari Laos untuk rakan-rakan dan saudara mara di Malaysia.T-shirt 100% cotton buatan Laos.
Pasar malam di sini bersih dan barang-barang yang tidak digunakan disusun kemas.