Followers

Wednesday, 10 October 2012

Kompleks Bebas Cukai, Bukit Kayu Hitam, Kedah

2 Oktober 2012

Selepas selesai tugas di Changlun, kami mengambil kesempatan melawat Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam. Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Kat sinilah  letaknya pintu masuk ke negara Thailand. Beberapa buah kompleks perniagaan jualan murah dan bebas cukai  didirikan di sini.. Perjalanan dari tempat tugasan kami di Changlun ke kompleks ini mengambil masa lebih kurang 20 minit saje. Sebelum sampai ke Kompleks ini kami singgah dulu untuk makan tengahari.



Kami singgah di Restoren Redza, Bukit Kayu Hitam untuk makan tengahari






Antara menu makan tengahari kami, kerabu mangga dan ulam timun serta sambal belacan


Tomyam Campur dan Ketam Goreng Bercili

Ikan Siakap Kukus


Telor Dadar dan Sayur Kangkong Goreng

Sedang menjamu selera. Masakan di sini sedap, tapi harganya aku tak tahu sebab tuan rumah yang bayar.




 Selesai makan, kami  di bawa ke Kompleks Bukit Kayu Hitam. Sebelum sampai ke Kompleks ini, kami perlu melalui Kompleks kastam dan imigresen dulu.


Kau orang kalau nak shopping blouse, seluar, kain labuh, pakaian kanak-kanak dan pelbagai jenis pakaian ada kat sini. Murah tapi kena pandai tawar menawar.

Tuan rumah pejabat yang aku lawati


Ada banyak kedai yang menjual pakaian siap, kasut pun ada. Pilih aje yang mana suka

Aku beli beberapa helai skirt labuh kat kedai ini. Memang murah jika dibandingkan dengan kedai siam kat Carrefour Ampang yang aku biasa beli. Kat sini skirt labuh jenis kain lycra boleh dapat dengan harga RM18 aje. Harga biasa aku beli RM25.

Kawan aku sedang membelek belek skirt labuh. Kat sini banyak pilihan. Boleh rambang mata dibuatnya








Monday, 1 October 2012

Penginapan di The Regency, Alor Star, Kedah

1 Oktober 2012

Jam 10.00 malam, aku baru aje check in di The Regency, Alor Star, Kedah. Baru saje tiba dengan menaiki pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur pada jam 8.20 malam. Esok aku akan ke Changlun. Kalau kau orang tak tahu kat mana Changlun, di bawah ini aku tunjukkan lokasi Changlun dalam peta Kedah. Changlun adalah pekan di utara Kedah berhampiran dengan Bukit Kayu Hitam.
Ada tugas rasmi yang perlu diselesaikan di sana




Aku suka suasana dalam bilik ini. Serba serbi putih kecuali sofa, TV dan corak kepala katil dan lukisan di kepala katil. Bersih dan menyegarkan. Harga bilik  RM164 semalam dengan sarapan pagi ( harga selepas diskaun bagi kakitangan kerajaan ). Aku paparkan gambar gambar yang baru aku ambil tadi sebaik saje melangkah masuk ke bilik ini. Manalah tahu kalau-kalau kau orang tersesat di Alor Star, boleh menginap di hotel ini.

















Sunday, 30 September 2012

Penginapan di Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor

27 September 2012
































The Zone Regency By The Sea, Johor Bahru, Johor

26 September 2012

Hari ini aku akan ke Johor Bahru. Ada urusan kerja di Johor Bahru pada 26 September 2012 dan seterusnya akan ke Batu Pahat sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur pada 28 September 2012. Sebelum memulakan tugas, aku berjumpa dulu dengan Pengarah pejabat yang aku lawati. Biasalah masuk rumah orang kenalah beri salam dan jumpa dulu tuan rumah. Sebelum beredar dia bertanya di mana kami akan menginap pada malam ini. So aku cakap,  kami belum tempah mana-mana hotel lagi untuk malam ini. Cadangnya nak walk-in aje. Bukan pun cuti sekolah atau cuti umum atau ada apa-apa occasion kat Johor Bahru masa ni. Jadi kami fikir mudah untuk mendapatkan bilik di mana-mana hotel sekitar Johor Bahru.

Sebaliknya dia mencadangkan kami menginap di The Zone Regency By The Sea yang terletak di Stulang Laut. Katanya ada kompleks membeli belah bebas cukai so bolehlah kami membeli  belah kat situ. Lagi pun katanya berhampiran dengan hotel terdapat banyak gerai untuk kami mendapatkan makanan. Dia kemudiannya mengarahkan Pembantu Peribadinya untuk membuat tempahan bilik di hotel itu. So malam tu kami bermalam di The Zone Regency By The Sea lah nampakmya. Harga bilik RM165 bagi bilik standard dengan sarapan pagi. Kau orang mesti fikir aku ni taksub dengan Hotel Regency kan. Sebab minggu sebelumnya kami menginap di The Regency Hotel Seri Warisan di Taiping, Perak. Sekadar menghormati tuan rumah, kami setuju aje dengan cadangan Pengarah itu.



Kami perkena otak-otak sebelum check in bilik di hotel





Tak sah ke Johor kalau nak merasai otak otak



Makan petang cum makan malam, bee hoon soup ala Thai