Followers

Wednesday, 1 February 2012

Untuk direnung-renungkan


Semalam 1 Februari 2012 merupakan  cuti kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan. Kebetulan ayah aku ada temu janji dengan klinik Ampang, Pagi tu jam 9.00 pagi kami keluar rumah menuju ke klinik. Dalam perjalanan menuju klinik, aku singgah sekejap kat Tabung Haji Bandar Baru Ampang. Cadang nak simpan lebihan duit budget trip ke Osaka, Jepun. Punyalah ramai orang, sampai ada yang menunggu di luar pejabat Tabung Haji.  Ramai warga Ampang ( aku andaikan warga Ampanglah ) mengambil kesempatan cuti Hari Wilayah untuk menjalankan urusan dengan pejabat Tabung Haji di Selangor. Jalanraya pun sesak.  Tak jadi nak berurusan dengan Tabung Haji, aku terus ke Klinik Ampang.

Kat klinik Ampang pulak orang lagi lah ramai. Petugas kat kaunter Pendaftaran Pesakit sampai tak sempat nak angkat kepala pun. Semasa menyerahkan kad pesakit ayahku, aku sempat tanya kepada petugas tu, ramai orang hari ini?. Dia jawab,  tiap-tiap hari macam inilah. Pada pendapat akulah, rezeki dari gaji yang diterimanya benar-benar halal. Tak ada masa pun dia nak mengular ( tuang kerjalah ). Kat pejabat aku pulak, baru buat kerja lebih sikit dah complaint. Minta buat mesyuarat khas kononnya untuk membincangkan bebanan tugas yang dihadapi. Cuba kau orang fikir, kalau masa makan dan solat pun ambil masa kerja, terbeban dengan tugas ke macam tu? Tak ada manusia yang sempurna, kalau kita dah terambil bukan hak kita, di masa lain  kita  gantilah. Janganlah asyik nak menerima sahaja, sekali sekala kita juga perlu memberi. Tu belum lagi masuk menjalankan urusan peribadi semasa waktu pejabat. Ambil 4 jam off duty ( walaupun dibenarkan ). Pernah tak terfikir bilalah kita nak menggganti masa yang dah kita ambil tu?

Kerja yang kita lakukan perlulah ikhlas. Kita patut contohi budaya kerja orang Jepun. Walaupun mereka ini bukan  Islam tapi pada pendapat aku mereka ini ‘lebih Islam’ dari orang Islam sendiri. Salah satu dari banyak pengalaman  yang aku perolehi sewaktu di Osaka, Jepun, sewaktu pendaftaran masuk penerbangan Osaka - Kuala Lumpur tempoh hari.  Seorang penumpang, bagasinya  telah terlebih muatan. Biasalah kalau naik AirAsia. Dah murah, kita nak murah lagi, caj bagasi kita ambil yang paling minimum, lepas tu bawa barang lebih dari berat bagasi yang kita beli. Tentulah masalah timbul semasa nak check-in. Kalau nak bayar lebihan tu tak apalah tapi masalahnya tak nak bayarlah tu. Walau bagaimanapun, petugas di kaunter check-in ini, seorang wanita Jepun telah membantu mengangkat beg penumpang tadi dan  meletakkan di tepi bagi membolehkan penumpang itu menyusun semula bagasinya. Susun nak bagi tak terlebihlah tu. Yang mana patut dibuang, kena buanglah supaya tidak terlebih. Kalau kat LCCT, petugas kaunter check in nak tolong angkat ke?. Angkatlah sendiri.

Aku ni dah terlebih bebel lah pulak. Bukan apa, cuma nak berkongsi dengan apa yang aku alami saje. Setakat ini dulu, nanti kita sembang lagi.

Monday, 23 January 2012

Jalan-jalan di Nara

Hari kelima di Osaka. Cuaca pagi ini lebih sejuk dari hari-hari yang lepas. Aku agak sekitar 2 darjah celcius. Program kami pagi ini ke Nara. Nara merupakan sebahagian daripada Wilayah Kansai.  Pernah jadi Ibu Negara Jepun sebelum Kyoto dan Tokyo. Nara dikenali sebagai bandar rusa kerana terdapat banyak rusa di Nara Park. Untuk ke Nara kami mengambil JR Train  ( rapid service ) dari Shin- Immamiya ( berhampiran dengan tempat penginapan kami, Hotel Chuo ) ke Nara Station. Perjalanan mengambil masa 35 minit dengan tambang 540 yen sehala. Sesampai di Nara Station kami ke Information Tourist Center yang terletak di stesyen ini. Kami bertanyakan tempat-tempat yang menarik yang boleh dilawati di Bandar Nara. Sebalinya kami ditawarkan perkhidmatan pemandu   pelancong percuma untuk melawat tempat tempat tumpuan pelancong di Nara. Kami diminta pergi ke sebuah lagi Information Tourist Center yang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari Stesyen Nara dan diminta berjumpa dengan Emi. Emi seorang wanita pertengahan umur yang menjalankan tugas sebagai sukarelawan pelancongan. Beliau pernah bertugas sebagai guru bahasa Inggeris bagi sebuah badan korporat. 

Dengan berjalan kaki, Emi membawa kami melawat Nara Park. Dalam Nara Park ini terdapat banyak berhala dan tokong yang menjadi pegangan penganut ajaran Shinto dan Buddha. Rusa-rusa yang banyak berkeliaran secara bebas di dalam taman ini juga merupakan kepercayaan mereka bahawa rusa-rusa ini adalah utusan tuhan mereka.


 








Sunday, 22 January 2012

Istana Nijo di Kyoto, Jepun

Hari kelima kami ke Kyoto. Tempat tarikan pelancong yang akan kami lawati adalah Istana Nijo. Istana ini adalah warisan nasional, terletak hampir dengan pusat kota dengan keluasan 500 m (timur-barat) x 400 m ( utara-selatan) dikelilingi parit. didirikan pada tahun 1603, sebagai tempat persinggahan bagi Tokugawa Ieyasu, Shogun pertama, pemerintahan Tokugawa. Pada tahun 1626, Tokugawa Iemitsu, Shogun ke-3 memperbaharui dan membesar bangunan yang dahulu hanya setengah dari ukuran sekarang. akan tetapi setelah Shogun Iemitsu berkuasa, istana itupun jarang dikunjungi oleh para Shogun lainnya, dan hanya sebagai lambang keagungan pemerintahan Tokugawa. Pada tahun 1867, Shogun ke-15 menyerahkan kekuasaannya di istana ini dan dengan demikian berakhirnya kekuasaan Tokugawa memasuki Restorasi Meiji.

Entrance fee sebanyak 600  yen dikenakan bagi memasuki istana ini.









Friday, 13 January 2012

Hari Ketiga Di Osaka, Jepun


Program kami hari ini adalah ke Osaka Aquarium Kaiyukan yang terletak di Tenpozan Harbour Village dan berhampiran dengan Osakako Station.  Untuk ke sini, kami masih lagi menggunakan subway. Perjalanan bermula dari Station Dobutsuen-mae ( Midosuji Line ) turun di Homacihi Station untuk menukar ke Chuo Line bagi perjalanan seterusnya ke ke Osakako Station ( Chuo Line ). Tambang bagi perjalanan ini adalah 540 yen ( RM22.20 ).


 


Osaka Aquirium lebih kurang sama macam Underwater World di Langkawi, Kedah. Cuma hidupan laut di dalamnya dibahagikan berdasarkan kepada hidupan Laut di Hutan Jepun, diikuti denagan Kepulauan Aleutians, Teluk Monterey, Teluk Panama, Hutan Hujan Ecuador, Antartica, Lautan Tasman, Terumbu Karang Besar, Australia, Lautan Pasifik, Soto Inland Sea, Lautan Finless Porpoise, Lautan Chile, Selat Cook, Dasar Laut Jepun, dan Ubur-Ubur.





Terletak di dalam bangunan setinggi 5 tingkat dan pelawat akan bermula di tingkat paling atas dan seterunya berjalan seperti memusing secara menurun sehingga ke tingkat paling bawah. Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak 2,000 yen ( RM82 ) bagi dewasa, kanak-kanak berumur 7 – 15 tahun sebanyak 900 yen ( RM38 ) dan 4 – 6 sebanyak RM400 yen (RM17 ). Dibawah 4 tahun percuma.

Thursday, 12 January 2012

Hari Kedua di Osaka, Jepun

Suhu pagi ini sekitar 4 darjah celcius. Program kami pagi ini  ke Osaka Castle Museum yang terletak di Osaka Business Park. Untuk ke sana kami menggunakan subway. Bagi menggunakan subway kami membeli Rainbow Card, kad prabayar bagi menggunakan subway, kami memilih harga paling minimum 1,000 yen ( RM41 ). 




Dari Station Dobutsuen-mae ( Midosuji Line ) yang terletak berhampiran dengan Hotel Chuon kami ke Shinsaibashi Station. Dari situ kami menukar train ke Nagahori Tsurumi-ryokuchi Line untuk ke Osaka Business Park Station. Osaka Castle Museum ini terletak lebih kurang 2 km dari Osaka Business Park Station. Perjalanan pergi dan balik ke Osaka Business Park ini kos menaiki subway train adalah 680 yen ( RM28 ).

Osaka Castle ( Istana Kota Osaka )  ,adalah istana yang terletak di dalam Taman Istana Osaka, daerah Chuo-ku, bandar Osaka, Jepun. Istana Osaka berada di hujung sebelah utara daerah Uemachi, di tanah yang paling tinggi dibandingkan dengan wilayah sekelilingnya.

Istana kota Osaka merupakan bangunan peninggalan budaya yang dilindungi oleh pemerintah Jepun. Menara utama Istana Kota Osaka yang menjulang tinggi merupakan simbol Kota Osaka. Istana kota Osaka dimanfaatkan sebagai istana sekaligus kubu pertahanan sejak zaman Azuchi Momoyama hingga zaman Edo. Istana Kota Osaka yang ada kini terdiri daripada menara utama yang dilindungi oleh dua lapis tembok tinggi yang dikelilingi oleh dua lapis parit, parit bahagian dalam (Uchibori) dan parit bahagian luar (Sotobori). Air yang digunakan untuk mengairi parit istana diambil dari Sungai Yodo yang mengalir di sebelah utara Istana Osaka.


Pandangan dalam perjalanan menuju Istana Kota Osaka




Istana Kota Osaka dari jarak jauh

Kaunter Tiket untuk masuk ke Istana Kota Osaka


Mesin Tiket Masuk Istana Kota Osaka


Istana Kota Osaka

Pandangan Dalam Perjalanan Ke Istana Kota Osaka

Pandangan Dalam Perjalanan Ke Istana Kota Osaka