Followers

Monday, 24 October 2011

Khasiat air zamzam ubat dan penawar pelbagai penyakit


Kebiasaannya apabila kita menziarahi  rakan atau saudara yang baru balik dari menunaikan  haji, air zam-zam yang akan dihidangkan bersama buah-buahan seperti kurma, kismis, buah zaitun dan lain-lain lagi. Yang penting kita dapat merasakan keenakan air zam-zam dari Mekah. Namun, sebenarnya air yang satu ini punya khasiat yang tidak kita temui dalam air lainnya.  

Sesungguhnya termasuk di antara kurniaan Allah (SWT) terhadap hamba-hamba Nya adalah bahawa, Dia menjadikan air zamzam yang penuh keberkatan ini memiliki khasiat untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Allah (SWT) akan memberikan penyembuhan berkat air zamzam ke atas hamba-hamba Nya yang dikehendaki, sebagai suatu kurniaan dan anugerah penghormatan untuk mereka.  Berikut ini, terdapat beberapa hadis yang menerangkan khasiat air zamzam:

Ibnu Abbas berkata, bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda :
"Air terbaik di muka bumi adalah air zamzam, ianya mengandungi makanan yang mengenyangkan, serta ubat yang dapat menyembuhkan segala penyakit."

Diriwayatkan dari Abu Zar Al-Ghifari, bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda :
"Zamzam adalah makanan yang mengenyangkan dan ubat bagi segala penyakit."  Dalam kisah Abu Zar disebutkan bahawa Nabi (s.a.w.) menyatakan:" Air zamzam adalah air yang penuh keberkatan serta makanan yang mengenyangkan.  Ibnu Hajar menambahkan : "At-Tayalisi menambahkan lafaz hadis tersebut menerusi jalur yang dikeluarkan oleh Imam Muslim: "Dan air zamzam adalah ubat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.  Perkataan Nabi (s.a.w.) tersebut (bahawa air zamzam adalah ubat) mengandungi pengertian umum iaitu meliputi segala penyakit.

Rasulullah (s.a.w.) pernah menggunakan air zamzam untuk mengubati orang sakit, dengan cara memercikkan dan meminumkannya kepada si pesakit.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (r.a.) bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda :
"Air zamzam bergantung untuk apa ia diminum, jika engkau meminumnya untuk minta penyembuhan, nescaya, Allah akan memberikan penyembuhan kepadamu.

Yahya bin Ubbad bin Abdullah bin Az -Zubair meriwayatkan dari ayahnya, bahawa : " Suatu ketika kami menunaikan haji bersama dengan Muawiyah (r.a.). Ketika itu Muawiyah melakukan tawaf di masjid dan kemudian solat berhampiran Makam Ibrahim. Sewaktu hendak berangkat ke Safa ia melintasi peigi zamzam. "Wahai pelayan, ambilkan aku satu timba air zamzam," katanya. Ia segera meminumnya setelah menerima air zamzarn, kemudian memercikkannya ke muka dan juga ke kepalanya.  "Zamzam adalah penyembuh dan air ini bergantung untuk apa ia diminum," katanya.

Abdullah bin Abbas selalu meminum air zamzam untuk memohon penyembuhan dari pelbagai penyakit kerana ia mengetahui khasiat yang terkandung dalam air zam-zam.  Ia juga mengetahui bahawa air zamzam dapat meluluskan niat peminumnya. Setiap kali minum air zamzam, beliau sering berdoa : "Ya Allah aku mohon ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penyembuhan dari segala penvakit".

Wahab bin Munabbih, seorang tabi'in yang dianggap thiqah (dipercayai), berkata : "Demi Zat yang jiwa Wahab berada di tangan-Nya. Tidak seorang pun yang meminum air zamzam sehingga merasa puas dan ketagih untuk menikmatinya lagi, melainkan penyakitnya akan dihilangkan dan diberi penyembuhan baginya.

Sunday, 23 October 2011

Sekitar Festival Islam Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIIF ) 2011

23 Oktober 2011


Jam 10.30 pagi dah keluar rumah untuk ke Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) bagi melihat Festival Islam Antarabangsa. Sebenarnya sebelum ini aku bukannya rajin pun nak tengok festival seumpama ini. Tapi sejak jadi penulis blog, blog pulak tu blog mengenai perjalanan, jadi macam dah jadi hobi baru pula sekarang ini. 

Festival Islam Antarabangsa yang dianjurkan kali pertama ini dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Festival ini   diadakan sebagai platform kepada golongan muda mendekati kebudayaan Islam dan aktiviti-aktiviti yang bersifat ilmiah.

Selain pameran usahawan muda, aktiviti yang menarik pada festival itu adalah Kursus Perkahwinan Perdana serta Pameran Kesenian Islam Antarabangsa. 

Booth Arab Saudi


 
Masih awal lagi. Booth baru aje dibuka. Petugas booth Arab Saudi sedang bersiap sedia untuk menerima pengunjung

Petugas booth sedang memberi buah tamar kepada seorang pengunjung

Booth Turki. 


Petugas wanita tu  fasih berbahasa Melayu. Dia kata pada penulis dia belajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.


Kesenian Turki

Lagi Kesenian Turki

Juga Kesenian Turki

BoothYemen

Jualan Batu Permata Yemen


Pizza Uzbekistan. Dijual  dengan harga RM5 sekeping. Rasanya macam karipap.

Manisan Uzbekistan

Bagi memeriahkan lagi festival ini, beberapa orang artis tempatan popular dijemput untuk menghiburkan para pengunjung. Di antaranya Mawi, Ramli Sarip, Ana Rafali dan tidak ketinggalan Lan Typewriter. Terdapat juga persembahan dari negara luar yang menyertai festival tersebut. Aku sempat tengok reheasal dari Negara Palestine yang mempersembahan tarian.

Pengunjung bertuah pula akan diberi hadiah pakej untuk menunaikan Umrah. Ini mungkin untuk pengunjung yang balik lewat. Tak tahu siapa yang dapat sebab jam 4.00 petang aku dah beredar dari situ.

Pameran Kesenian Islam Antarabangsa

23 Oktober jam 11.00 pagi

Sempat juga berpeluang menyaksikan pameran kegemilangan sains dan tamadun Islam yang diadakan bersempena Kuala Lumpur International Islamic Festival yang diadakan di PWTC. Pameran bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10 malam. Masih sempat lagi kalau ada di antara saudara saudari yang tinggal di sekitar Lembah Kelang yang  ingin menyaksikannya. Walau bagaimanapun, aku paparkan gambar-gambar yang sempat aku ambil.















 





 



Saturday, 22 October 2011

Aktiviti Kumpulan Bagi Persembahan Kerja Kursus

19 Oktober 2011 jam 11.30 pagi

Hari ini merupakan hari terakhir kursus yang kami ikuti selama 3 hari di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka. Peserta kursus seramai 33 orang dibahagikan kepada lima kumpulan dengan setiap kumpulan diberi tugasan untuk dibentangkan pada akhir sesi. Tugasan yang diberikan merupakan penyediaan proses spesifikasi  bagi perolehan perkakasan ICT , aplikasi dan  pusat data. Kat sini aku paparkan gambar-gambar semasa aktiviti perbincangan kumpulan dan sesi pembentangan. Ada macam-macam gaya persembahan.






Lagi gambar akan diupload kemudian. Line sesak. Aku nak pi tengok expo islamic international festival di PWTC. Hari ini hari terakhir. Jom ramai-ramai kita memeriahkan festival tersebut.



















 






Khasiat Buah Tomato Untuk Penjagaan Kesihatan

19 Oktober 2011 jam 8.00 malam

Sewaktu menikmati makan malam di CafĂ© Anjung  Hotel Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka, seorang teman yang sedang menikmati sepiring tomato segar bercerita tentang khasiatnya. Katanya bentuk buah tomato yang menyerupai jantung manusia adalah  amat baik dimakan bagi menjaga jantung. Katanya lagi warnanya yang merah menjadi antioksidan semulajadi yang  baik untuk kesihatan badan. Lanjutan daripada cerita teman tadi aku pun google maklumat lanjut  mengenai khasiat buah tomato  untuk dikongsi dengan pembaca sekalian.


Warna merah pada tomato adalah  disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.


Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet. Tomato juga baik untuk kecantikan dan kehalusan kulit. Beberapa kajian ada menunjukkan bahawa antioksidan yang terdapat pada tomato mampu melindungi sendi tubuh terutamanya lutut dari risiko osteoarthritis. Risiko kecederaan lutut dapat dikurangkan sekiranya cukup pengambilan vitamin C dan beta karoten. Antioksidan tertentu termasuk lutein dan likopen (yang banyak terkandung di dalam tomato), juga dikaitkan dengan penurunan risiko osteoarthritis lutut.
Selain itu, vitamin E yang terkandung di dalam buah tomato  juga bertindak lebih berkesan dalam meredakan kesakitan akibat arthritis daripada ubat antiradang yang lain.