Followers

Monday, 14 November 2011

Amalan 5S Sektor Awam

Hari in pejabat aku mengadakan Hari Inovasi yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri  Aas Tani. Antara aktiviti yang diadakan pada hari ini adalah ceramah berkenaan dengan Amalan 5S.  Ceramah Amalan 5S ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga kerja kat pejabat aku kaedah upelaksanaan amalan 5S ini. 

Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat.

Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan,  kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja.

Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara menyeluruh.


5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu akan membawa maksud

Seiri - Sisih
Menyisih fail lama tidak aktif dengan fail baru yang masih aktif.

Seiton - Susun
Menyusun dokumen/bahan/alatan pejabat supaya mudah diambil/diguna.

Seiso - Sapu
Menyapu/membersih ruang pejabat dan ruang kerja/bilik serta peralatan kerja individu.

Seiketsu- Seragam
Menyeragamkan susunan fail/meja kerja/bilik mesyuarat/ peralatan pejabat.

Shitsuke - Sentiasa Amal
Mengamalkan selalu aktiviti sisih, susun, sapu dan seragam.

Kau orang boleh download Garis Panduan Amalan 5S dari website Jabatan Perkhidmatan Awam seperti link kat bawah ni.

Saturday, 12 November 2011

Bisul Penyakit Masalah Kulit

Walaupun kebanyakan masalah kulit tidak membahayakan nyawa tetapi ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan mengganggu emosi pesakit. Lebih-lebih lagi jika keadaan itu berinflamasi seperti bisul dan karbunkel – ketulan sakit dan bernanah yang terbentuk di bawah kulit apabila bakteria menjangkiti satu atau lebih folikel rambut anda.

Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.

Menurutnya, bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel.

Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne/jerawat atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi. Selalunya, pesakit boleh menjaga seketul bisul di rumah sahaja tetapi anda dinasihatkan tidak memicitnya kerana ia akan merebakkan jangkitan. Antibiotik atau penyaliran surgikal diperlukan untuk membuang jangkitan itu.

Simptom-simptom

Bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah.  Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.

Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.

Punca-Punca

Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.

Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.

Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.

Faktor-Faktor Risiko

Walaupun sesiapa sahaja termasuk mereka yang kelihatan sihat boleh dijangkiti bisul atau karbunkel, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda:
  • Jika anda mempunyai kesihatan yang lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun anda melawan jangkitan.
  • Diabetes menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.
  • Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
  • Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan jangka panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.


Bila Perlu Mendapatkan Rawatan Perubatan

Selalunya, anda boleh menjaga seketul bisul dengan sendiri. Tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai:
  • Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan
  • Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas
  • Bisul yang kerap timbul
  • Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
  • Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.


Penyaringan Dan Diagnosis

Para doktor selalunya akan mendiagnosis bisul hanya dengan melihat kulit anda, tetapi kadangkala mereka akan mengambil sampel nanah untuk memeriksa jenis bakteria. Jika mempunyai jangkitan berulang, anda dikehendaki menjalani ujian untuk diabetes atau lain-lain penyakit yang boleh melemahkan sistem imun anda.

Rawatan
 
Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut. Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan. Kadangkala, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membantu menyembuhkan jangkitan yang teruk atau berulangkali.

Pencegahan

  • Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.
  • Pakaian ketat mungkin nampak anggun tetapi pastikan ia tidak melecetkan kulit anda.
  • Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.

Tip Penjagaan Sendiri
  • Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat. 
  • Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.
  • Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.
  • Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.

Rawatan Alternatif
  • Minyak tea-tree. Minyak asas ini telah digunakan untuk berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika masalah timbul.
  • Ubat homeopati. Ubat homeopati untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris dan silica.
  • Herba. Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria. Ubat salap lain yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan.
 sumber: Mingguan Malaysia ( Febuari 2007 )

Friday, 11 November 2011

Nasihat Perjalanan Ke Jepun Oleh Kementerian Luar Negara Malaysia

Peta Jepun
Pada 25 Mei 2011 Kementerian Luar Negeri Malaysia telah mengeluarkan nasihat perjalanan terkini untuk rakyat Malaysia yang mengadakan perjalanan ke Jepun. Dengan mengambilkira  keadaan yang semakin pulih di kawasan timur laut Jepun, Kementerian Luar Negeri Malaysia menarik balik nasihat perjalanan yang tidak mengalakkan rakyat Malaysia mengadakan perjalanan yang tidak perlu ke kawasan timur laut Jepun.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia adalah dinasihatkan untuk mengelakkan perjalanan ke dalam kawasan lingkungan 30 km dari Pusat Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi dan sentiasa mematuhi zon larangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Jepun.

Rakyat Malaysia yang berada di Jepun dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan peka terhadap sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun yang berkaitan.
 
Rakyat Malaysia yang berada di Jepun adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo yang boleh dihubungi melalui telefon iaitu +81-3-3476-3840 dan emel maltokyo@kln.gov.my.



Pasarama Kota ( Hentian Bas Kelang ) Ditutup


Wajah Suram Pasarama Kota ( Hentian Bas Kelang )

































Masih aku ingat di sekitar awal tahun 80an, aku merupakan pengunjung setia Pasarama Kota yang pada waktu itu dikenali sebagai Hentian Bas Kelang. Setiap hujung minggu tak pernah sehari pun aku ketinggalan untuk mengunjungi tempat itu. Waktu itu aku sedang mengikuti pengajian di Institut Teknologi MARA ( ITM ) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) di Shah Alam. Setiap hari Jumaat petang, aku akan balik ke rumah keluarga ku di Gombak  dan pada petang Ahadnya pula, aku akan kembali semula ke ITM.  Aku menaiki Bas Mini Nombor 14, dari  Gombak untuk sampai ke Hentian Bas Kelang dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Shah Alam dengan menaiki Bas Kelang Ekspres.

Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Mulai 1 November yang lalu, Pasarama Kota telah ditutup bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan projek My Rapid Transit (MRT). Semua operasi perkhidmatan bas dari terminal tersebut telah dihentikan selepas pelepasan terakhir pada 31 Oktober 2011.

Penutupan Pasarama Kota ini adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan stesen MRT Pasar Seni bawah tanah yang baru.  Stesen MRT Pasar Seni baru ini akan berintegrasi dengan stesen LRT Pasar Seni yang sedia ada, di mana pengguna perkhidmatan LRT dapat menukar kepada perkhidmatan MRT atau sebaliknya tanpa meninggalkan stesen dan tanpa keperluan untuk membeli tiket baru. 

Terminal bas yang baru akan dibina semula di tapak yang sama apabila projek MRT ini selesai, dijangkakan pada tahun 2016. Kesulitan sementara ini adalah untuk membolehkan satu sistem pengangkutan awam yang moden dan bertaraf antarabangsa dibina, bagi kemudahan masa hadapan, insyallah.

Tuesday, 8 November 2011

Penggantungan Operasi Monorel Melaka Sementara - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

KUALA LUMPUR: Penggantungan operasi perkhidmatan monorel Melaka selama sebulan mulai Sabtu lalu adalah bersifat sementara dan tidak semestinya perkhidmatan itu dihentikan untuk tempoh tersebut.
Arahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menghentikan operasi itu selama sebulan adalah bagi memberi masa yang cukup kepada pengendali perkhidmatan itu melakukan kerja-kerja teknikal bagi memenuhi keperluan keselamatan.

Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azhar Ahmad berkata sekiranya pengendali dapat memenuhi syarat-syarat tersebut dalam masa kurang 30 hari, maka Monorel Melaka boleh beroperasi seperti biasa.
"Ini bermaksud, jika pengendali dapat memenuhi syarat-syarat keselamatan dalam masa satu minggu, maka mereka boleh meneruskan perkhidmatan pada mingguhadapan", katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata keputusan untuk menghentikan perkhidmatan itu dilakukan setelah mengambil kira syor dan cadangan dari pakar dan ahli profesional dari bahagian kejuruteraan berteraskan kepentingan dan keselamatan pengguna awam.

"Pemeriksaan mendapati wujud beberapa perkara yang perlu diberi perhatian serius sebelum Monorel Melaka dibenarkan untuk beroperasi semula.

"Antaranya penyediaan pelan tindakan kecemasan jika berlaku sebarang kejadian ketika beroperasi serta melakukan pengalih bahasa ke atas semua dokumen berkaitan monorel tersebut, dari bahasa Cina ke Bahasa Melayu atau Inggeris," tambah beliau.

Pada 1 November lepas dua pelancong Britain melalui detik cemas dibawa turun melalui tangga setinggi lima meter selepas terperangkap selama 20 minit di dalamgerabak apabila perkhidmatan itu terhenti secara tiba-tiba pada 1.09 tengah hari.

Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter selepas meninggalkan Stesen Hang Jebat.-

BERNAMA