Followers

Wednesday 10 October 2012

Perjalanan Dari Changlun ke Bukit Kayu Hitam, Kedah








Pemandangan sepanjang perjalanan dari Pekan Changlun ke Bukit Kayu Hitam
 






































Kompleks Bebas Cukai, Bukit Kayu Hitam, Kedah

2 Oktober 2012

Selepas selesai tugas di Changlun, kami mengambil kesempatan melawat Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam. Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Kat sinilah  letaknya pintu masuk ke negara Thailand. Beberapa buah kompleks perniagaan jualan murah dan bebas cukai  didirikan di sini.. Perjalanan dari tempat tugasan kami di Changlun ke kompleks ini mengambil masa lebih kurang 20 minit saje. Sebelum sampai ke Kompleks ini kami singgah dulu untuk makan tengahari.



Kami singgah di Restoren Redza, Bukit Kayu Hitam untuk makan tengahari






Antara menu makan tengahari kami, kerabu mangga dan ulam timun serta sambal belacan


Tomyam Campur dan Ketam Goreng Bercili

Ikan Siakap Kukus


Telor Dadar dan Sayur Kangkong Goreng

Sedang menjamu selera. Masakan di sini sedap, tapi harganya aku tak tahu sebab tuan rumah yang bayar.




 Selesai makan, kami  di bawa ke Kompleks Bukit Kayu Hitam. Sebelum sampai ke Kompleks ini, kami perlu melalui Kompleks kastam dan imigresen dulu.


Kau orang kalau nak shopping blouse, seluar, kain labuh, pakaian kanak-kanak dan pelbagai jenis pakaian ada kat sini. Murah tapi kena pandai tawar menawar.

Tuan rumah pejabat yang aku lawati


Ada banyak kedai yang menjual pakaian siap, kasut pun ada. Pilih aje yang mana suka

Aku beli beberapa helai skirt labuh kat kedai ini. Memang murah jika dibandingkan dengan kedai siam kat Carrefour Ampang yang aku biasa beli. Kat sini skirt labuh jenis kain lycra boleh dapat dengan harga RM18 aje. Harga biasa aku beli RM25.

Kawan aku sedang membelek belek skirt labuh. Kat sini banyak pilihan. Boleh rambang mata dibuatnya








Monday 1 October 2012

Penginapan di The Regency, Alor Star, Kedah

1 Oktober 2012

Jam 10.00 malam, aku baru aje check in di The Regency, Alor Star, Kedah. Baru saje tiba dengan menaiki pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur pada jam 8.20 malam. Esok aku akan ke Changlun. Kalau kau orang tak tahu kat mana Changlun, di bawah ini aku tunjukkan lokasi Changlun dalam peta Kedah. Changlun adalah pekan di utara Kedah berhampiran dengan Bukit Kayu Hitam.
Ada tugas rasmi yang perlu diselesaikan di sana




Aku suka suasana dalam bilik ini. Serba serbi putih kecuali sofa, TV dan corak kepala katil dan lukisan di kepala katil. Bersih dan menyegarkan. Harga bilik  RM164 semalam dengan sarapan pagi ( harga selepas diskaun bagi kakitangan kerajaan ). Aku paparkan gambar gambar yang baru aku ambil tadi sebaik saje melangkah masuk ke bilik ini. Manalah tahu kalau-kalau kau orang tersesat di Alor Star, boleh menginap di hotel ini.