Followers

Thursday 28 June 2012

Perbelanjaan 5 Hari 4 Malam di Seoul, Korea

Sebenarnya kalau nak travel ke Seoul, Korea Selatan ni tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Di sini aku kongsikan perbelanjaan bagi trip ke Seoul dari 22 - 26 Jun 2012.


Tiket kapalterbang dari Kuala Lumpur ke Incheon International Airport - RM620.00
Kos bagasi pergi dan balik - RM170.00. Masa pergi beli 15 kg ( RM50.00 ) dan masa balik beli 40kg ( RM120.00 )
Penginapan untuk 4 malam - RM331.20 ( harga guesthouse untuk semalam 60,000 won untuk 2 orang )
T-money card - 10,000 won ( RM27.60 ) tidak habis digunakan sehingga hari aku balik ke Malaysia )
Tambang teksi dari Guesthouse ke Incheon International Airport - 60,000 won  untuk satu teksi kalau 4 orang lagilah jimat. Memandangkan group aku cuma 2 orang aje, maka bahagi 2 lah jadi lebih kurang RM82.80
Tambang metro single journey dari Incheon International Airport ke Myeongdong 3,800 won ( RM10.50 )
Makanan kami bawa dari Malaysia. Kami bawa roti, mee maggie, sambal ikan bilis brahim, curry tuna cap Ayam, rendang ayam Adabi, Kari Ayam Brahim, kacang panggang Yeo's dan kopi 3 in 1
Jadi jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM1,241.10

Dongdaemun Shopping Complex, Seoul, Korea


Aktiviti Hari Ke 4 adalah membeli belah fabrik di Dongdaemun Shopping Complex. Kalau kau seorang pereka fesyen ke  atau tukang jahit, boleh jadi sasau kalau datang kat sini. Dari tingkat 2 hingga tingakat 5 penuh dengan pelbagai jenis fabrik. Harganya juga tidaklah mahal, masih mampu beli. Fabrik di sini dijual dalam kiraan ela dan lebar kain adalah melebehi 45 inci. Cuma yang menjadi halangan di sini adalah bahasa. Amat sukar untuk berjumpa dengan penjual yang boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Walaupun sedikit. Akhirnya guna bahasa isyarat jelah.

Apa yang ada dijual di Dongdaemun Shopping Complex ini dikategorikan mengikut tingkat bangunan ini.

7F: Management / Offices
6F: Telecommunications Room / New Business Headquarters / Offices
5F: Materials / Accessories / Beads / Buttons / Laces
4F: Various Fabrics / Cotton Fabrics
3F: Various Fabrics / Cotton Fabrics
2F: Various Fabrics / Silks / Hanbok / Curtains
1F: Bedding / Handicrafts / Plates / Curtains / Living Essentials
B1: Various Threads / Blankets / Handicrafts / Curtains

Hanbok adalah pakaian traditional wanita Korea sebagaimana pakaian traditional wanita Jepun yang dikenali sebagai kimono

Pemandangan di Dongdaemun
















Lain Padang Lain Belalang, Lain Lubuk Lain Ikannya

Kau orang mesti fikir apa aku nak merepekkan ni.Tajuk perumpamaan melayu. Aku nak cerita pasal hari kedua aku di Seoul. Seawal jam 8.30 pagi aku dengan kawan aku, dah keluar dari tempat penginapan kami di Namsan 2 menuju ke Myeongdong. Sebuah pusat membeli belah yang ternama di Seoul. Dari Namsan 2 jalan kaki ke subway station , masuk ikut Exit 4 dan keluar ikut exit 7, dah sampai ke Myeongdong. Program kami pagi ini adalah shopping alat-alat kosmetik. Myeongdong terkenal sebagai pusat membeli belah alat-alat kosmetik.



Sekitar jam 12.00 tengahari selepas mendapat apa yang dihajati kami berjalan kaki menuju ke Hoehyeon Station Exit 4, landmark bagi ke Seoulbackpackers, guesthouse yang bakal kami menginap bagi malam-malam seterusnya di Seoul. Setelah  berjalan kaki hampir setengah jam, guesthouse yang dicari tak juga jumpa-jumpa. Kaki rasa macam nak tercabut. Aku mengambil keputusan berhenti rehat sebentar di tepi jalan berhampiran Hotel Rex dan sederetan kedai yang tutup. Manakala rakanku mengambil keputusan untuk terus berjalan sehingga ke atas bukit yang kami daki. 

Semasa berhenti rehat itu, tiba-tiba meluncur sebuah kenderaan dengan lajunya dan dengan secara tidak sengaja terlanggar cermin tepi sebuah limousin yang dipakir ditepi jalan berhadapan dengan tempat aku menunggu. Dengan serta merta pemandu limousin itu keluar dari keretanya dan memeriksa limousin itu dan nampaklah dia cermin tepi limousin itu telah bertukar arah dan salutan aluminiumnya tertanggal. Dia kemudiannya tercari-cari pemilik limousin itu. Setelah berjalan mundar mandir, dia ternampak seorang lelaki yang keluar dari arah hotel itu dan bertanya kepada lelaki itu siapa pemilik limousin tersebut ( aku agak saje maksud perbualan mereka sebab mereka berbual dalam bahasa Korea. Manalah aku faham). Lelaki itu kemudiannya memanggil kawannya ( pemilik limousin berkenaan ). Selepas mereka bersama-sama memeriksa limousin itu dan pemilinya menyakinkan kepada lelaki yang melanggar limousinnya bahawa limousinnya tidak mengalami apa-apa kerosakan barulah lelaki itu beredar.

Selepas itu kedua-dua lelaki itu menghampiriku, dan bertanya jika aku memerlukan apa-apa bantuan. Aku beritahu salah seorang daripada mereka, yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr. Park, yang aku hendak ke Seoulbackpacker Guesthouse sambil menunjukkan peta lokasi dan alamat guesthouse itu. Mr. Park memberitahu bahawa guesthouse itu tidak jauh dari situ dan menerangkan bagaimana hendak ke sana. Sambil itu dia bertanyakan bila kami akan balik ke Kuala Lumpur ( sebelum itu tentulah dia tanya dulu kami dari mana kan? ) Dia menawarkan perkhidmatan pengangkutan ke Lapanganaterbang Antarabangsa Incheon dengan tambang 60,000 won ( RM180 ). Aku bagi tahu Mr. Park kami akan hubungi dia semula jika kami memerlukan perkhidmatan limousinnya).

Memandangkan kaki aku macam dah tak larat nak melangkah lagi, aku bertanya jika dia boleh menghantar kami ke Seoulbackpacker dan berapa tambangnya. . Dia kata percuma jadi dia pun tolong hantar kami hingga sampai ke guesthouse itu. Sebelum turun dari limousin itu, aku kata padanya kami setuju untuk menggunakan perkhidmatan limousinnya untuk ke Lapanganterbang.


Sehari sebelum berangkat untuk pulang ke Malaysia, kami meminta bantuan receptionist Guesthouse untuk mengingatkan Mr.Park akan janji untuk dia mengambil kami pada jam 6.00 pagi keesokkan harinya memandangkan penerbangan kami ke Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi. Sebalikmya receptionist itu dimarahi oleh Mr.Park kerana katanya dia tahu dan perckapan seterusnya tidak dimaklumkan kepada aku. Dari dari situ aku dapat mengagak  bahawa orang Korea ini amat berpegang teguh kepada janji dan tidak perlu diingatkan lagi.

Esoknya jam 5.45 pagi Mr.Park sudah sampai di Seoulbackpacker untuk membawa kami ke Lapanganterbang Incheon. Sebaik tiba destinasi dia memunggah beg-beg kami keluar dari boonet limousin dan bagaikan seorang saudara dia bersalaman dengan kami sambil mengucapkan selamat jalan.

Friday 22 June 2012

Catatan Perjalanan Ke Seoul, Korea Sekali Lagi

Ada rakan-rakan yang bertanya kenapa suka sangat ke Seoul. Ini kali yang ketiga aku menjejakkan kaki ke Seoul. Aku jawab, macam jalan-jalan kat Malaysia aje Seoul ini. Rasa selamat bagaikan berada di tanahair sendiri. Aku akan berada di Seoul selama 5 hari 4 malam. Perjalanan kali ini lebih kepada untuk membeli belah. Kain cotton, kosmetik dan brooch menjadi sebab utama aku ke sini. Catatan perjalanan hari pertama aku di sini untuk dikongsi dengan pembaca sekalian.

Hari pertama aku menginap di Namsan Guesthouse 2 . Pada awalnya cadang nak menginap di Namsan 3, memandangkan bilik-bilik di Namsan Guesthouse 3 penuh, terpaksa berpuashati dengan penginapan di Namsan Guesthouse 2 aje, itupun untuk semalam aje. Malam-malam seterusnya hingga hari terakhir, akan menginap di Seoulbackpackers yang terletak berhampiran dengan Namdaemun Market.




Aku paparkan gambar-gambar yang sempat diambil tadi. catatan seterusnya akan disambung esok. Letih, nak tidur dulu.













Monday 18 June 2012

Penginapan di Cherengin Hills Convention and Spa Resort, Janda Baik, Pahang

Minggu lepas dari 11 - 14 Jun 2012 aku berkursus di Cherengin Hills Convention and Spa Resort, Janda Baik, Pahang. Resort ini memang sangat sesuai dijadikan tempat berkursus. Suasananya tenang dan nyaman. Makan kat sini pun best juga. Kat sini aku kongsikan gambar-gambar yang aku sempat rakamkan di resort ini. Kalau ada sesiapa yang berminat nak bercuti atau mengadakan kursus, boleh buat tempahan dari web site dia orang http://www.cherenginhills.com