Followers

Friday 30 March 2012

Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling Tahap 1 - Day1


Peserta Kursus Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling Tahap 1


Sesi Ice Breaking

Bertempat di Hotel Sri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang, Slangor aku berkempatan mengikuti Program Peningkatan Kaunseling anjuran Kementeria bersama-sama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam. Program hari pertama sesi ice breaking. Tujuan sesi ini supaya setiap peserta kenal mengenal di antara satu dengan yang lain. :Program bermula jam 2.30 petang hinggalah ke jam 6.30 petang.

Nak tahu bagaimana fasilator conduct sesi ini. Mula-mula kami dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut jantina. Kemudian kami bersalam-salaman di antara satu lain sambil memperkenalkan diri dengan menyatakan nama dan  tempat bertugas sambil mata bertentangan mata. Tujuannya supaya perkenalan ini sampai ke hati tidak setakat dimulut sahaja.

Urusetia program sedang memberi taklimat mengenai perjalanan program.

menunggu peserta-peserta lain sampai. Program ini melibatkan peserta dari pelbagai agensi di seluruh negara. Peserta seramai 45 orang.


En. Jamal, Penolong Pengarah di Jabatan Kebajikan Masyarakat selaku  fasilitator sesi ice breaking memberi arahan kepada peserta supaya  berbaris 2 barisan mengikut jantina




Sesi suaikenal bermula. Bersalam-salaman di antara peserta. Semasa bersalam-salaman tu  muka mesti tersenyum. Peserta-peserta walaupun dari Kementerian yang sama tapi berlainan agensi. Kebanyakan peserta tidak kenal mengenal di antara satu dengan yang lain kecuali jika dari jabatan atau agensi yang sama. Program ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai kaunseling. Kononnya nak jadi kauselor.  Tapi nak jadi kauselor kena ambil degree dalam bidang kauseling di universiti selama 4 tahun. Program ini cuma 4 hari aje, bukanlah nak jadi kaunselor cuma rakan pembimbing aje. Boleh ke aku jadi rakan pembimbing. Bimbing orang yang ada masalah. Aku sendiri pun ada masalah. Boleh ke? Mesti boleh kan. Pemikiran kenalah positif. Ini kerja sukarela tau, tak ada gaji atau elaun tambahan. Ada ke orang yang mempunyai masalah nak datang jumpa aku? Itupun satu lagi persoalan. Jom layan lagi gambar-gambar semasa sesi ice breaking.



Fasilitator menunjukkan cara yang betul untuk bersalaman. Yg ini pun nak kena ajar.



Bukan setakat bersalaman saje tapi kena berpelukan juga. Tapi sesama jantina saje, berlainan jantina tidak dibenarkan, harammm




Selepas sesi bersalaman, kami diminta melakukan latihan fokus kepada apa yang di dengar. Nampak macam latihan untuk warmup aje tapi sebenarnya latihan fokus kepada arahan yang diberi. Nak jadi pembimbing kenalah memberi tumpuan kepada apa yang di dengari.




Dalam sesi ice breaking ini juga kami ramai-ramai menyanyi lagu Sudirman, Bila wajahmu ku bayangkan. Ini lirik lagunya. Lagu ini mungkin ditujukan kepada seorang kekasih tapi dalam konteks program kami ini lagu ini ditujukan kepada seorang sahabat.

Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkan mu

Bila kasih mu engkau curahkan
Ku rasa hairan rasa terharu
Ku rasa hairan mengenangkan mu

Pernah dulu pernah ku di cinta
(Pernah dulu pernah ku bercinta)
Berkasih bermanja
Tiada tiada pernah ku alami
Di cinta begini
(Bercinta begini)

Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkan mu

Wednesday 21 March 2012

Pengubahan Wang Haram



Pengubahan wang yang aku nak story ini bukan gubahan wang nak dijadikan hantaran perkahwinan tapi pengubahan wang hasil dari aktiviti haram. Semalam semasa dalam perjalanan dari Putrajaya ke Kuala Lumpur selepas menghadiri bengkel Non-core ICT Business Process, seorang rakan sepejabat yang bersama-sama menghadiri bengkel itu bagi tahu yang dia tidak tahu apa maknanya pengubahan wang haram. Masa tu kat Radio Sinar FM sedang menyiarkan berita mengenai hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Dr. Hamimah Idruss akibat dari aktiviti pengubahan wang haram. Dr Hamimah Idruss merupakan individu pertama di negara ini didakwa mengikut Akta Pengubahan Wang Haram 2011, dihukum penjara tiga tahun dan denda RM6,394,530.72 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima hasil aktiviti haram berjumlah RM41.33 juta dan bersubahat memalsukan dokumen.

Tafsiran pengubahan wang haram yang aku ambil dari Akta 613 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Pengubahan Wang Haram bererti perbuatan seseorang yang -

(a) melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung, dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada apa-apa aktiviti haram;

(b) memperoleh, menerima, memiliki, menyembunyikan, memindahkan, mengubah, menukar, membawa, melupuskan, menggunakan, mengalihkan dari atau membawa masuk ke Malaysia hasil daripada apa-apa aktiviti haram;

atau

(c)   merahsiakan, menyembunyikan atau menghalang pemastian sifat sebenar, sumber, lokasi, pergerakan, pelupusan, hakmilik, hak berkenaan dengan, atau pemunyaan, hasil daripada apa-apa aktiviti haram,

Penggubahan wang haram merupakan satu aktiviti penjenayah atau pun kongsi gelap antarabangsa yang menggunakan wang daripada hasil kegiatan jenayah untuk dilaburkan semula atau dibersihkan melalui jalan yang sah dan mengikut undang-undang sedia ada.
Jalan yang sah dimaksudkan ini ialah menerusi pembelian saham, FOREX, pembiayaan industri atau projek yang besar, insurans, pembelian stok, terlibat dalam sektor hartanah, pasaran hadapan, derivative dan sebagainya.
Lebih canggih dan hebat lagi, ada sebilangan penjenayah menggunakan wang berkenaan bertujuan membiayai dan membeli bank-bank tertentu yang bermasalah dan kemudiannya diniagakan melalui pelbagai skim pinjaman berfaedah.


Proses Pengubahan Wang Haram

Monday 12 March 2012

Jadual Pasar Malam Sekitar Kuala Lumpur

Hari : Isnin (Monday)
Lokasi:
  1. Seksyen 1, Wangsa Maju
  2. Taman Len Seng, Cheras
  3. Jalan Air Panas, Setapak
  4. Kampung Kerinchi, Bangsar (I)
  5. Sentul Pasar Dalam 4B
  6. Jalan Kangsar Off Jalan Ipoh
  7. Desa Pandan, Kampung Pandan
  8. Taman Miharja Fasa II
  9. Taman Koop Polis Fasa 2
  10. Taman Sri Sinar, Segambut
  11. Taman Sri Murni

Hari : Selasa (Tuesday)
Lokasi:
  1. Taman Desa Bakti, Selayang
  2. Kampung Kasippillay Off Jalan Ipoh
  3. Rumah Pangsa Razak Mansion
  4. Jalan Bangsawan, Bandar Tun Razak
  5. Taman Datuk Senu, Sentul
  6. Rumah Pangsa Gombak 1ATaman Kok Lian, Segambut
  7. Kampung Pasir Lama Off Jalan Klang Lama
  8. Rumah Panjang 1A, Jinjang
  9. Taman Pertama, Cheras
  10. Jalan Chemur, Pekeliling
  11. Taman Sri Petaling, Sungai Besi
  12. Jalan Air Bah, Setapak
  13. Taman Intan Baiduri, Kepong
  14. Jalan 133 Kepong
  15. Jalan 25/56, Keramat Wangsa

Hari : Rabu (Wednesday)
Lokasi:
  1. Taman Desa Petaling
  2. Kuchai Enterprenurs Park
  3. Jalan Kolam Air Off Jalan Ipoh
  4. Rumah Pangsa Sri Melaka, Cheras
  5. Jalan K, Taman Batu, Segambut
  6. Taman Connought, Cheras
  7. Taman Beringin, Jinjang
  8. Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi
  9. Kuaters Hospital Kuala Lumpur
  10. Pantai Dalam, Bangsar
  11. Jalan Wira, Kampung Pandan
  12. Jalan Gempita, Salak Selatan
  13. Seksyen 10, Wangsa Maju
  14. Rumah Pangsa Sri Pahang, Bangsar
  15. Jalan 2A/146, Desa Tasek, Sg Besi
  16. Jalan Batu 2, Taman Batu Muda
Hari : Khamis (Thursday)
Lokasi:
  1. Jalan Ikan Emas, Cheras
  2. Jalan Berhala, Brickfield
  3. Jalan Hujan Emas, OUG
  4. Flat Sri Terengganu, Sentul
  5. Taman Sri Rampai, Setapak
  6. Taman Taynton, Cheras
  7. PKNS, Jalan Kuching
  8. Jalan Kas-Kas, Taman Cheras
  9. Kampung Haji Abdullah Hukum, Bangsar
  10. Taman Sri Sentosa, Klang LamaPasar Malam Awam Bandar Tun Razak
  11. Jalan 4/146, Bandar Tasek Selatan
  12. Jalan A1/6, Taman Setapak Indah

Hari : Jumaat (Friday)
Lokasi :
  1. Taman Melati, Gombak
  2. Taman Desa Off Jalan Klang Lama
  3. Taman Mastiara, Segambut
  4. Jalan Sibu 6, Taman Wahyu
  5. Taman Segar, Cheras
  6. Taman Kok Doh, Segambut
  7. Taman Sri Endah, Sungai Besi
  8. Jalan Ang Seng, Brickfield
  9. Bandar Baru Sentul
  10. Kampung Cheras Baru, Cheras
  11. Kg Kerinchi, Bangsar (J)
  12. Jalan 20/2A, Taman Wilayah Selayang
  13. Jalan 31/10A, Taman Perindustrian IKS

Hari : Sabtu (Saturday)
Lokasi:
  1. Taman Bukit Anggerik, Cheras
  2. Lorong Tuanku Abdul Rahman
  3. Jalan Udang Siar, Segambut
  4. Pekan Sungai Besi
  5. AU2 Keramat
  6. Jalan Rejang, Setapak Jaya
  7. Jalan Kelab, Jinjang
  8. Taman Sungai Besi
  9. Taman Miharja Fasa 1
  10. Jalan Lazat, Happy Garden
  11. Pantai Dalam, Bangsar
  12. Taman Midah, Cheras
  13. Taman Sri Bintang, Kepong
  14. Taman Koop Polis Fasa 1
  15. Pasar Malam Awam Bandar Tun Razak

Hari: Ahad (Sunday)
Lokasi:
  1. Titikaya, Jinjang
  2. Jalan Semarak, Setapak
  3. Taman Maluri, Cheras
  4. Jalan Selesa, Happy Garden
  5. Jalan Telawi Bangsar
  6. Taman Bukit Maluri, Kepong
  7. Taman Tun Dr. Ismail
  8. Jalan Mergastua, Kepong
  9. Jalan Kelapa Gading, Segambut
  10. Rumah Pangsa Sri Selangor, San Peng
  11. Taman Sri Kuching, off Jalan Ipoh

Wednesday 7 March 2012

SBPA Dibatalkan, SSM Ditambahbaik

Pagi ini cuaca agak dingin, kabus meliputi Kuala Lumpur hingga ke Putrajaya. Sepatah kata Presiden CUEPACS Dato Omar Osman, “cuaca sejuk rezeki murah” katanya semasa memberi ucapan kepada lebih dari 8,000 orang penjawat awam di Perhimpunan Khas Penjawat  Awam yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pagi ini, 8 Mac 2012.

Di dalam ucapannya juga beliau menasihati anggota perkhidmatan awam supaya selalu ceria, efficient, elakkan mengambil cuti sakit tiap-tiap bulan, jalan mesti cepat, sihat, bos suruh buat kerja mesti laksanakan dan jangan banyak bangkangan. Jangan mengambil rasuah, ponteng kerja serta tak buat kerja.

Perhimpunan ini diadakan  bagi mendengar  pengumuman penting yang  disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak.


Antara rumusan pengumuman yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak.


1.                Struktur SBPA dibatalkan, SSM ditambahbaik
2.                Penubuhan Suruhanjaya Khas
3.                Pelarasan gaji :

Pengurusan dan professional – 13% ( Gred 1 – 54 )
Gred Utama, Jusa A, B dan C – 9%
Gred Turus 2 dan 3 – 8%
Gred Turus 1 dan KSN – 7%

4. Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
5. Kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

6. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.




Sunday 4 March 2012

Jin Tidak Berkepala

Petang tadi sekitar jam 6.00 petang sewaktu sedang sibuk membersihkan bahagian dapur rumah, kedengaran telefon bimbit berdering-dering. Telefon yang senyap sunyi seharian itu berdering dering minta diangkat. Tanpa berlengah aku melihat paparan nama sipemanggil. Norizan, sahabat  yang telah kukenali  hampir 30 tahun. Dihujung sana, kedengaran suaranya cemas, “Izati pengsan lagi”. Entah keberapa kali dia pengsan  dalam tempoh sebulan ini. Izati adalah anak bongsu sahabat ku ini.Izati berusia 12 tahun dan belajar disebuah sekolah tahfiz di kawasan Ampang berhampiran dengan rumahnya.

Kali pertama Izati pengsan, Norizan telah membawanya menjalani pemeriksaan kesihatan, dan doktor mengesahkannya sihat. Tidak ada sebarang penyakit yang serius. Tapi selepas  beberapa kali pengsan, Norizan membawa Izati menjalani rawatan secara tradisional.

Sewaktu Norizan menelefon aku, dia meminta aku datang kerumahnya untuk menjaga Izati, sementara dia hendak keluar untuk menjemput seorang Ustaz bagi memberi ubat penawar  kepada Izati. Aku bertanya, “ dah berapa lama Izati pengsan”, katanya, “ 10 minit”. Aku rasa tak selesa  untuk menjaga Izati seorang diri dirumahnya. Aku sebaliknya menawarkan diri untuk menjemput Ustaz yang dikatakan itu. Kebetulan Ustaz tersebut sedang berjalan-jalan di Pusat membeli belah Eastern Great Mall bersama-sama anak dan cucunya.

Bersama-sama dua orang anak saudaraku, aku ke Great Eastern Mall untuk menjemput Ustaz tersebut dan membawanya ke rumah Norizan. Sesampai di rumah Norizan, aku lihat ramai juga jiran tetangganya yang melawat Izati, pada waktu itu, Izati dah pun sedar. Apabila kami sampai, beransur-ansur, jiran-jirannya beredar. Semasa dalam perjalanan ke rumah Norizan, Ustaz itu bercerita yang Izati didampingi oleh Jin. Jin itu tidak berkepala dan dia ingin bersahabat dengan Izati, itulah yang menyebabkan izati pengsan sebab dia takut. 

Selepas solat Maghrib, Ustaz pun mula mengubati Izati. Izati apabila ditanya soalan hanya mendiamkan diri saje tidak seperti kebiasaannya apabila aku berkesempatan berjumpa dengannya bersama-sama Ibunya.  Selepas beberapa minit Ustaz berubat dengan bacaan yang tidak aku dengari, Izati mula menunjukkan tindak balas, dia menjerit dan lari masuk ke bawah katil di dalam salah sebuah bilik di apartment ibunya. Ustaz itu meminta Izati keluar dari bawah katil tersebut tetapi dia enggan. Dengan menggunakan sebiji telor, Ustaz itu meneruskan bacaannya dan dengan aksi seperti sedang menangkap sesuatu dan memasukkannya ke dalam telur itu. Agak lama juga aksinya itu, mungkin agak sukar untuk menangkap jin tersebut. Kemudian, Ustaz meminta salah seorang anak buahku memegang telur itu, dan meneruskan aksi menangkapnya. Sementara ustaz meneruskan bacaannya, Izati dilihat keluar dari bawa katil dan duduk di atas salah sebuah kerusi d ruang tamu apartment itu. Keadaannya agak terkawal. Dia mula bercakap. Mungkin Ustaz itu telah berjaya menangkap jin tersebut dan dikurungnya di dalam telor itu. Kemudian Ustaz itu memesan supaya telor itu dibuang ke dalam sungai atau longkang dalam perjalanan aku balik. 

Dalam perjalanan balik, anak buahku yang berusia 20 tahun itu memberitahu aku, katanya, Izati tu sunyi dan dia tidak ada kawan. Sebab itu benda-benda ghaib cuba untuk berdampingan dengan dia. Aku akui, Izati memang kerap ditinggalkan sendirian di rumah. Selepas habis sekolah lebih kurang jam 4.00 petang, dia akan balik rumah dan menunggu ibunya balik dari pejabat sekitar jam 7.00 malam. Anak buahku kata tapak apartment itu dibina adalah bekas lombong yang telah ditimbus untuk tujuan pembangunan projek perumahan. Jadi katanya lagi benda-benda ghaib banyak bekeliaran di situ.

Di bawah ini ada info mengenai jin yang aku dapat dari bacaanku.

Jin adalah makhluk yang ghaib. Namun istilah jin (djin atau genie) sebagai makhluk paling jelas dinyatakan dalam Al-Qur'an. Malah Surah 72 (ada 28 Ayat) dinamakan Surah Jin. Dalam masyarakat, lebih ramai orang memanggil makhluk ini sebagai hantu dengan segala macam jenis dan bangsanya. Percaya pada kewujudan jin itu wajib bagi orang Islam tapi percaya bahawa jin itu berkuasa  adalah perbuatan yang menyalahi akidah lagi kufur. Ramailah orang yang telah tergelincir akidahnya hingga ke peringkat mempertuhankan para jin.


Jin adalah makhluk yang dijadikan sebelum Adam a.s. Dalam kitab lama, jin pertama dikatakan bernama Jan. Ia dijadikan dari lidah api yang sangat panas. 'Azazil adalah nama sebenar kepada Iblis, iaitu raja segala syaitan-syaitan. Iblis adalah gelaran kepada 'Azazil. Iblis atau 'Azazil dan syaitan-syaitan itu semuanya adalah dari bangsa jin.

Jan dijadikan dari lidah api, tapi keturunannya iaitu semua jin lain termasuk 'Azazil itu dilahirkan hasil perkahwinan antara jin lelaki dan jin perempuan. Adam a.s. ditempa dari tanah, tapi anak-cucu Adam dilahirkan hasil perkahwinan juga.

Bezanya ialah 'Azazil (yang bertanggungjawab menghasut Adam a.s. dan Siti Hawa hingga terusir dari Syurga 'Adn) itu tidak mati hinggalah hari kiamat sementara syaitan-syaitan pula (semua bangsa jin yang bukan beragama Islam) itu umur mereka panjang-panjang. Setakat 3,000 tahun itu biasa bagi umur satu jin.

Dalam kitab lama ada dicatat bahawa sebelum Adam a.s. menjadi khalifah di bumi, planet bumi ini telah ditadbir oleh para jin. Mereka ini dikatakan telah melakukan banyak kejahatan dan kerosakan di muka bumi. Adam dijadikan untuk menggantikan jin sebagai khalifah di bumi, bukan 'Azazil (yang pada ketika itu dianggap antara makhluk yang amat kuat beribadah). Ini mungkin antara sebab mengapa Iblis dendam kepada Adam. Wallahua'lam.

Jin tidak mampu dilihat oleh manusia sama ada bentuk dirinya ataupun bayangnya (melainkan sebilangan kecil manusia yang dikurniakan kelebihan boleh nampak jin). Bilangan jin terlalu ramai dan jauh lebih ramai berbanding manusia. Ada kitab menyatakan bahawa nisbah jin ialah 9 jin berbanding 1 manusia. Jin boleh tinggal di mana-mana saja sama ada di atas atau di bawah tanah, di atas atau di bawah air, di udara malah di atas awan. Jin juga boleh menyerupai bentuk-bentuk yang ia mahu serta boleh keluar masuk dengan mudah dari mana-mana tubuh manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.