Followers

Wednesday 1 February 2012

Untuk direnung-renungkan


Semalam 1 Februari 2012 merupakan  cuti kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan. Kebetulan ayah aku ada temu janji dengan klinik Ampang, Pagi tu jam 9.00 pagi kami keluar rumah menuju ke klinik. Dalam perjalanan menuju klinik, aku singgah sekejap kat Tabung Haji Bandar Baru Ampang. Cadang nak simpan lebihan duit budget trip ke Osaka, Jepun. Punyalah ramai orang, sampai ada yang menunggu di luar pejabat Tabung Haji.  Ramai warga Ampang ( aku andaikan warga Ampanglah ) mengambil kesempatan cuti Hari Wilayah untuk menjalankan urusan dengan pejabat Tabung Haji di Selangor. Jalanraya pun sesak.  Tak jadi nak berurusan dengan Tabung Haji, aku terus ke Klinik Ampang.

Kat klinik Ampang pulak orang lagi lah ramai. Petugas kat kaunter Pendaftaran Pesakit sampai tak sempat nak angkat kepala pun. Semasa menyerahkan kad pesakit ayahku, aku sempat tanya kepada petugas tu, ramai orang hari ini?. Dia jawab,  tiap-tiap hari macam inilah. Pada pendapat akulah, rezeki dari gaji yang diterimanya benar-benar halal. Tak ada masa pun dia nak mengular ( tuang kerjalah ). Kat pejabat aku pulak, baru buat kerja lebih sikit dah complaint. Minta buat mesyuarat khas kononnya untuk membincangkan bebanan tugas yang dihadapi. Cuba kau orang fikir, kalau masa makan dan solat pun ambil masa kerja, terbeban dengan tugas ke macam tu? Tak ada manusia yang sempurna, kalau kita dah terambil bukan hak kita, di masa lain  kita  gantilah. Janganlah asyik nak menerima sahaja, sekali sekala kita juga perlu memberi. Tu belum lagi masuk menjalankan urusan peribadi semasa waktu pejabat. Ambil 4 jam off duty ( walaupun dibenarkan ). Pernah tak terfikir bilalah kita nak menggganti masa yang dah kita ambil tu?

Kerja yang kita lakukan perlulah ikhlas. Kita patut contohi budaya kerja orang Jepun. Walaupun mereka ini bukan  Islam tapi pada pendapat aku mereka ini ‘lebih Islam’ dari orang Islam sendiri. Salah satu dari banyak pengalaman  yang aku perolehi sewaktu di Osaka, Jepun, sewaktu pendaftaran masuk penerbangan Osaka - Kuala Lumpur tempoh hari.  Seorang penumpang, bagasinya  telah terlebih muatan. Biasalah kalau naik AirAsia. Dah murah, kita nak murah lagi, caj bagasi kita ambil yang paling minimum, lepas tu bawa barang lebih dari berat bagasi yang kita beli. Tentulah masalah timbul semasa nak check-in. Kalau nak bayar lebihan tu tak apalah tapi masalahnya tak nak bayarlah tu. Walau bagaimanapun, petugas di kaunter check-in ini, seorang wanita Jepun telah membantu mengangkat beg penumpang tadi dan  meletakkan di tepi bagi membolehkan penumpang itu menyusun semula bagasinya. Susun nak bagi tak terlebihlah tu. Yang mana patut dibuang, kena buanglah supaya tidak terlebih. Kalau kat LCCT, petugas kaunter check in nak tolong angkat ke?. Angkatlah sendiri.

Aku ni dah terlebih bebel lah pulak. Bukan apa, cuma nak berkongsi dengan apa yang aku alami saje. Setakat ini dulu, nanti kita sembang lagi.