Followers

Tuesday 29 November 2011

Lirik Lagu Senyum oleh Malique featuring Najwa

Malique  dan Najwa

Tiap-tiap pagi jam 8.30 pagi dari hari Isnin hingga hari Jumaat selepas bacaan doa, kat pejabat aku akan berkumandang lagu Senyum nyanyian Malique featuring Najwa. Lagu ciptaan Malique ini didengarkan kepada kami untuk mengingatkan kami supaya  senyum. Kadang-kadang dalam mesyuarat pun, bos kami akan mengingatkan kami supaya mudah melemparkan senyuman. Kan ke senyuman itu adalah juga sebagai satu ibadah. Orang sekarang ini sukar nak tersenyum mungkin kat dalam hati tu berserabut dengan masalah. Macam-macam yang difikirkan sebab itu ianya terpancar di wajah.
Najwa Mahiddin

Malique adalah salah seorang anggota kumpulan Too Phat, nama yang bukan asing dalam dunia muzik hip hop. Berkahwin dengan pelakon Melissa Maureen dan dikurniakan anak pertama, Inca Medinah. Malique kini bernaung dibawah label Qarma Musiq yang dimilki bersama oleh Malique dan D'Navigator. Najwa, artis baru yang juga merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kini sedang mengikuti kursus di peringkat ijazah dalam bidang muzik di Kolej Antarabangsa Muzik (ICOM).

Kat sini aku kongsikan lirik lagu senyum

Senyum, senyum, senyum, senyum, senyum

#Chorus (najwa)
Kacak luar, kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Verse 1 (malique)
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang #Chorus (najwa)

Verse 2
Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang #Chorus (najwa)
raggamufflin outro (najwa)

Kacak luar, kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Senyum :)

Expo Bulan Disember di Mid Valley Exibition Center


 December
Event Title
Date
Venue
Organiser
Tel
Fax
Email
Website
Admission
MPH Carnival 2011 - Enrichment Beyond Knowledge
08 - 12 December 2011
Halls 1, 2 & 3
MPH Bookstores Sdn Bhd
03 7955 1090
03 7955 2090
best@mph.com.my
www.mphonline.com
Public - Free Admission
Event Title
Date
Venue
Organiser
Tel
Fax
Email
Website
Admission
Bumiputera Property Exhibition 2011 (BPEX 2011)
16 - 18 December 2011
Hall 3
Medimesra Care Management Sdn Bhd
03 - 41421151
03 - 41420151
kin9127@yahoo.com.my
www.bpex.com.my
Public - Free Admission
Event Title
Date
Venue
Organiser
Tel
Fax
Email
Website
Admission
Education & Further Studies - Series 34
17 - 18 December 2011
Halls 1, 2 & Atrium
Sureworks Sdn Bhd
03 6141 6509 / 03 6156 1500
03 6141 6269 / 03 6156 1523
-
-
Public - Free Admission
Event Title
Date
Venue
Organiser
Tel
Fax
Email
Website
Admission
DCIM Show 2011
23 - 25 December 2011
Hall 2 & 3
Velocity Media Sdn Bhd
03 - 56211911
03 - 56211910
info.dcim@velocity-media.net
www.dcimshow.com
Public - Free Admission 

Saturday 26 November 2011

Misteri Sang Buaya

Ini bukan Buaya Puchong. Gambar dari Google

Muzium Alam Semula Jadi di Presint 15, Putrajaya akan mengadakan pameran Misteri Sang Buaya mulai 28 November 2011 sehingga 31 Januari tahun depan. Tarikan utama pameran ini adalah replika buaya Puchong sepanjang 5.6 meter.  Kau orang mesti tak tahu mengenai buaya Puchong kan? Kalau nak tahu apa kata kita ramai-ramai pergi melawat pameran ini. Aku pun baru hari ini tahu adanya Muzium Alam Semula Jadi.

Apa yang ada kat pameran ini adalah maklumat mengenai sejarah awal kewujudan buaya di Malaysia, kitaran hidup buaya dan sifat semula jadinya. Turut di pamerkan adalah aspek perlindungan dan pemuliharaan, konflik antara buaya dan manusia serta keunikannya yang mempengaruhi kehidupan manusia.
Turut dipamerkan adalah replika Bujang Semarahan serta kisah lagenda buaya Bujang Senang.

Friday 25 November 2011

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433

Pagi ini sebagaimana hari Jumaat yang lepas-lepas, pejabat aku mengadakan Mesyuarat Pengurusan. Pengerusi mesyuarat pagi ini adalah boss nombor 3 pejabat aku. Sebelum memulakan mesyuarat dia memberi muqadimmah mengenai dengan hijrah. Dia kata malam semalam dia menonton Forum Perdana yang disiarkan di TV3. Tajuk Forum Perdana minggu ini adalah mengenai hijrah bersempena dengan sambutan Tahun Baru Hijrah 1433.


Katanya antara  lain isi kandungan ceramah hijrah itu adalah:

Pertama, katanya  mulakan hijrah dengan yang kecil-kecil dulu,  yang kita mampu untuk mengubahnya. Dia beri contoh, kalau kebiasaannya kita mula bertugas  8.00 pagi, janganlah jam 8.00 pagi  baru nak pergi minum pagi. Katanya kita boleh berubah dengan memulakan tugas tepat jam 8.00 pagi dan kita mengambil sarapan pagi sebelum waktu kerja kita bermula.

Yang kedua katanya  untuk berubah kita perlu lakukan ke atas diri kita sendiri dulu sebelum kita cuba untuk mengubah orang lain, keluarga ataupun organisasi. Kita cuba mengubah apa yang dalam kawalan kita.

Yang ketiga adalah mulakan sekarang dan jangan bertangguh jika tidak perubahan tidak akan berlaku. Bak kata orang tua-tua kerja bertangguh tak menjadi, yang ini aku tambah, boss aku tak cakap pun.  Walau apapun, aku mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 dengan harapan semoga penggantian tahun hijrah ini memberi semangat  untuk kita menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya Amin.

Thursday 24 November 2011

Sunday 20 November 2011

Expo Bulan Disember 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC )

China Import & Export Commodities Exhibition (CIEM 2011)
Date
:
8th - 11th Dec 2011
Venue
:
Tun Razak Hall 1, 2 & Legar Putra
Organiser
:
ES Event Management Sdn Bhd
Contact Person
:
Ms Esther
Tel
:
603 9132 1922
Website
:
www.esvent.com.my


Facon Education 2011
Date
:
9th - 11th Dec 2011
Venue
:
Tun Razak Hall 3 & 4
Organiser
:
Facon Exhibition Sdn Bhd
Contact Person
:
Mr Wong Kum San
Tel
:
603 7981 8766


Tastefully Food & Beverage Expo 2011
Date
:
16th – 18th Dec 2011
Venue
:
Tun Razak Hall 3
Organiser
:
Lanceford Exhibition (M) Sdn Bhd
Contact Person
:
Ms Esther
Tel
:
6012 2283 608


Pameran Pengantin 1 Malaysia
Date
:
16th – 18th Dec 2011
Venue
:
Legar Putra
Organiser
:
Kelab Kebudayaan & Pelancongan
Tel
:
603 6186 8303

Saturday 19 November 2011

Booth Pameran Malaysian International Seafood 2011

Aku berkesempatan untuk ke Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) untuk menyaksikan pameran-pameran yang diadakan sempena Malaysian International Seafood Exposition 2011. Masa aku keluar rumah cuaca memang cantik.  Masa tu pukul 3.00 petang. Kat dewan pameran orang pun tak berapa ramai, jadi senanglah aku nak snap gambar. Kat sini aku share gambar-gambar yang aku ambil tapi maaflah gambar tak berapa cantik.


Poster Malaysia International Seafood Exbition 2011 terpampang besar di dinding dewan pameran. Beberapa Agensi Kerajaaan seperti Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Aasa Tani  terlibat menjayakan pameran ini. Di samping itu booth pameran pihak swasta juga ada.



Sebaik sahaja kau orang masuk dewan pameran, kau orang boleh nampak Udang Kara Gergasi




Balang yang berisi dengan  Udang Kara Gergasi.



Booth Pameran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ( MoA )

Booth Pameran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM )

Poster pameran yang aku snap di salah satu booth pameran. Ternakan Ikan Sangkar

Booth pameran

Promosi produk berasaskan udang

Booth pameran

Booth pameran

Poster di booth pameran pihak swasta

Promosidan jualan  produk berasaskan ikan

Jualan Udang Kara. Harganya RM80 sekilogram


Booth pameran ikan hiasan
Promosi dan jualan pizza
Promosi dan jualan pelbagai jenis serunding.

Booth pameran Koperasi Kakitangan LKIM ada jual serunding ikan bilis, daging dan ayam. Rasanya sedap, ikut selera akulah. Harganya bagi berat 250 gm RM17.50 dan yang 100gm harganya RM7.50. Aku beli beberapa bungkus untuk dimakan dengan ketupat segera.




Chef Liza Zainal mengadakan demonstrasi masakan. Masa aku sampai kat booth ini, sesi masakan dah selesai. Masa tu mereka sedang berkemas-kemas untuk balik. Dah hampir jam 6.30 petang waktu tu. Kalau kau orang nak tengok demonstrasi masakan Chef Liza datang awal. Pameran bermula jam 11.00 pagi. Hari ini hari terakhir. Jom ramai-ramai kita meriahkan Malaysia International Seafood Exibition 2011.



Thursday 17 November 2011

Kapal Selam Agosta 70 Kini Di Melaka


SMD Ouessant Agosta 70 semasa ketibaan
Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 seberat 1,300 tan, berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar itu telah berjaya dibawa pulang ke Malaysia dari sebuah  pelabuhan di Perancis. Kapal selam itu kini diletakkan di tapak Muzium Maritim di Dataran 1Malaysia, di Klebang, Melaka. Orang ramai berpeluang menyaksikannya secara percuma selama 10 hari mulai 22 November 2011 ini. 
SMD Ouessant Agosta 70 di tapak muzium maritim
Apa kata sempena cuti sekolah ini, kau orang yang ada anak-anak yang dah bersekolah, membawa mereka melawat Muzium Maritim ini.Tak banyak negara di dunia ini mempunyai Muzium Maritim. Antara negara lain yang mempunyai muzium kapal selam ialah Australia, Belgium, Canada, Rusia, Finland, Perancis, India, Jepun dan Jerman,

Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 dibina pada 1979 dan milik tentera Perancis pernah digunakan untuk latihan pegawai-pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Perancis sebagai persiapan untuk mereka mengendali kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Malaysia dari negara itu. Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 ini adalah sebahagian dari pakej pembelian oleh Tentera  L
aut Diraja Malaysia ( TLDM )

Expo Bulan November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC )

Expo di Pusat Dagangan Dunia Putra Sepanjang Bulan November 2011.

Maaflah kawan-kawan, lambat post maklumat berkenaan expo di PWTC bagi bulan November ni. Sebelum kau orang pergi, check dulu dengan organiser. Kadang-kadang dia orang tak jadi pun buat exibition tapi dalam kalendar PWTC dah masuk. Maklumat ini aku paparkan untuk panduan aje. Itupun aku ambil dari web site PWTC. Walau bagaimanapun, BN Job Fair dan Malaysian International Seafood Exbition confirm akan diadakan pada hujung minggu ini.

International Seminar on the Application of Science & Mathematics 2011 (ISASM 11) Date : 1st - 3rd Nov 2011
Venue : Tun Hussein Onn Hall
Contact Person : Pn Sayang Zulina Zulkarnain

Green Build Asia 2011
Date : 1st - 3rd Nov 2011
Venue : Tun Razak Hall 3 & 4
Organiser : AMB Exhibition Sdn Bhd
Contact Person : Cik Rina Fadzil
Tel : 603-40458368

Academy Book Fair 2011
Date : 1st - 5th Nov 2011
Venue : Legar Putra
Organiser : Wyn-Wyn Solution
Contact Person : En Amran Alias
Tel : 603-90808300

International Health Fair 2011
Date : 5th – 7th Nov 2011
Venue : Tun Razak Hall 3
Organiser : Life Publisher
Contact Person : Mr Casey Foong
Tel : 603 7620 2118

Malaysia International Renovation Expo 2011
Date : 11th – 13th Nov 2011
Venue : Tun Razak Hall 1, 2, 3, 4 & Tun Hussein Onn
Organiser : EG Groups Holdings
Contact Person : Ms Joanne
Tel : 603 9056 3323 / 016 3318 655 Website : www.egrenoexpo.com

Yayasan Inovasi Malaysia Seminar & Exhibition
Date : 15th – 16th Nov 2011
Venue : Legar Putra, Tun Dr Ismail Hall & Tun Hussein Onn Hall
Organiser : Yayasan Inovasi Malaysia
Contact Person : En Norhad
Tel : 603 8885 8000

Malaysian International Seafood Exposition 2011
Date : 17th – 20th Nov 2011
Venue : Tun Razak Hall 3 & Tun Hussein Onn Hall
Organiser : Jabatan Perikanan Malaysia
Contact Person : Pn Azimah
Tel : 603 8870 4000

BN Job Fair 2011 Date : 17th – 20th Nov 2011
Venue : Tun Razak Hall 1 & Tun Razak Hall 2
Organiser : Barisan Nasional

Fabulous Food 1 Malaysia 2011
Date : 18th – 20th Nov 2011
Venue : Tun Razak Hall 2
Organiser : ES Event Management
Contact Person : Ms Tan
Website : www.esvent.com.my Tel : 603 9132 1922

Monday 14 November 2011

Amalan 5S Sektor Awam

Hari in pejabat aku mengadakan Hari Inovasi yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri  Aas Tani. Antara aktiviti yang diadakan pada hari ini adalah ceramah berkenaan dengan Amalan 5S.  Ceramah Amalan 5S ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga kerja kat pejabat aku kaedah upelaksanaan amalan 5S ini. 

Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat.

Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan,  kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja.

Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara menyeluruh.


5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu akan membawa maksud

Seiri - Sisih
Menyisih fail lama tidak aktif dengan fail baru yang masih aktif.

Seiton - Susun
Menyusun dokumen/bahan/alatan pejabat supaya mudah diambil/diguna.

Seiso - Sapu
Menyapu/membersih ruang pejabat dan ruang kerja/bilik serta peralatan kerja individu.

Seiketsu- Seragam
Menyeragamkan susunan fail/meja kerja/bilik mesyuarat/ peralatan pejabat.

Shitsuke - Sentiasa Amal
Mengamalkan selalu aktiviti sisih, susun, sapu dan seragam.

Kau orang boleh download Garis Panduan Amalan 5S dari website Jabatan Perkhidmatan Awam seperti link kat bawah ni.

Saturday 12 November 2011

Bisul Penyakit Masalah Kulit

Walaupun kebanyakan masalah kulit tidak membahayakan nyawa tetapi ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan mengganggu emosi pesakit. Lebih-lebih lagi jika keadaan itu berinflamasi seperti bisul dan karbunkel – ketulan sakit dan bernanah yang terbentuk di bawah kulit apabila bakteria menjangkiti satu atau lebih folikel rambut anda.

Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.

Menurutnya, bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel.

Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne/jerawat atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi. Selalunya, pesakit boleh menjaga seketul bisul di rumah sahaja tetapi anda dinasihatkan tidak memicitnya kerana ia akan merebakkan jangkitan. Antibiotik atau penyaliran surgikal diperlukan untuk membuang jangkitan itu.

Simptom-simptom

Bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah.  Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.

Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.

Punca-Punca

Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.

Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.

Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.

Faktor-Faktor Risiko

Walaupun sesiapa sahaja termasuk mereka yang kelihatan sihat boleh dijangkiti bisul atau karbunkel, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda:
  • Jika anda mempunyai kesihatan yang lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun anda melawan jangkitan.
  • Diabetes menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.
  • Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
  • Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan jangka panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.


Bila Perlu Mendapatkan Rawatan Perubatan

Selalunya, anda boleh menjaga seketul bisul dengan sendiri. Tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai:
  • Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan
  • Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas
  • Bisul yang kerap timbul
  • Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
  • Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.


Penyaringan Dan Diagnosis

Para doktor selalunya akan mendiagnosis bisul hanya dengan melihat kulit anda, tetapi kadangkala mereka akan mengambil sampel nanah untuk memeriksa jenis bakteria. Jika mempunyai jangkitan berulang, anda dikehendaki menjalani ujian untuk diabetes atau lain-lain penyakit yang boleh melemahkan sistem imun anda.

Rawatan
 
Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut. Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan. Kadangkala, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membantu menyembuhkan jangkitan yang teruk atau berulangkali.

Pencegahan

  • Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.
  • Pakaian ketat mungkin nampak anggun tetapi pastikan ia tidak melecetkan kulit anda.
  • Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.

Tip Penjagaan Sendiri
  • Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat. 
  • Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.
  • Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.
  • Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.

Rawatan Alternatif
  • Minyak tea-tree. Minyak asas ini telah digunakan untuk berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika masalah timbul.
  • Ubat homeopati. Ubat homeopati untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris dan silica.
  • Herba. Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria. Ubat salap lain yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan.
 sumber: Mingguan Malaysia ( Febuari 2007 )

Friday 11 November 2011

Nasihat Perjalanan Ke Jepun Oleh Kementerian Luar Negara Malaysia

Peta Jepun
Pada 25 Mei 2011 Kementerian Luar Negeri Malaysia telah mengeluarkan nasihat perjalanan terkini untuk rakyat Malaysia yang mengadakan perjalanan ke Jepun. Dengan mengambilkira  keadaan yang semakin pulih di kawasan timur laut Jepun, Kementerian Luar Negeri Malaysia menarik balik nasihat perjalanan yang tidak mengalakkan rakyat Malaysia mengadakan perjalanan yang tidak perlu ke kawasan timur laut Jepun.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia adalah dinasihatkan untuk mengelakkan perjalanan ke dalam kawasan lingkungan 30 km dari Pusat Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi dan sentiasa mematuhi zon larangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Jepun.

Rakyat Malaysia yang berada di Jepun dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan peka terhadap sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun yang berkaitan.
 
Rakyat Malaysia yang berada di Jepun adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo yang boleh dihubungi melalui telefon iaitu +81-3-3476-3840 dan emel maltokyo@kln.gov.my.



Pasarama Kota ( Hentian Bas Kelang ) Ditutup


Wajah Suram Pasarama Kota ( Hentian Bas Kelang )

































Masih aku ingat di sekitar awal tahun 80an, aku merupakan pengunjung setia Pasarama Kota yang pada waktu itu dikenali sebagai Hentian Bas Kelang. Setiap hujung minggu tak pernah sehari pun aku ketinggalan untuk mengunjungi tempat itu. Waktu itu aku sedang mengikuti pengajian di Institut Teknologi MARA ( ITM ) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) di Shah Alam. Setiap hari Jumaat petang, aku akan balik ke rumah keluarga ku di Gombak  dan pada petang Ahadnya pula, aku akan kembali semula ke ITM.  Aku menaiki Bas Mini Nombor 14, dari  Gombak untuk sampai ke Hentian Bas Kelang dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Shah Alam dengan menaiki Bas Kelang Ekspres.

Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Mulai 1 November yang lalu, Pasarama Kota telah ditutup bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan projek My Rapid Transit (MRT). Semua operasi perkhidmatan bas dari terminal tersebut telah dihentikan selepas pelepasan terakhir pada 31 Oktober 2011.

Penutupan Pasarama Kota ini adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan stesen MRT Pasar Seni bawah tanah yang baru.  Stesen MRT Pasar Seni baru ini akan berintegrasi dengan stesen LRT Pasar Seni yang sedia ada, di mana pengguna perkhidmatan LRT dapat menukar kepada perkhidmatan MRT atau sebaliknya tanpa meninggalkan stesen dan tanpa keperluan untuk membeli tiket baru. 

Terminal bas yang baru akan dibina semula di tapak yang sama apabila projek MRT ini selesai, dijangkakan pada tahun 2016. Kesulitan sementara ini adalah untuk membolehkan satu sistem pengangkutan awam yang moden dan bertaraf antarabangsa dibina, bagi kemudahan masa hadapan, insyallah.