Followers

Thursday 22 September 2011

Penginapan di Kota Kinabalu, Sabah


Kota Kinabalu ialah ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga ketiga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu. Terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandaraya pada 2 Februari 2000.

Nak masuk ke Sabah macam kita nak masuk ke Negara asing. Perlu melalui pemeriksaan imigresen. Tak perlu guna passport Malaysia, memadai dengan MyKad sahaja. Selepas selesai urusan imigresen, aku ke kaunter tiket airport teksi untuk mendapatkan perkhidmatan teksi ke Promenade Apartments di Bandar Kota Kinabalu. Tambang dari airport ke Promenade Apartment adalah RM30. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Tempat penginapan telah dibuat tempahan 2 minggu sebelum bertolak. Kami tempah bilik dengan harga RM162 ( RM140++ ) internet rate untuk 2 malam melalui laman web nya di http://www.promenade.com.my Promenade Hotels Resort, Condominium and Apartments menawarkan diskaun sebanyak 50% bagi penempahan melalui internet.

beratur untuk pemeriksaan immegresen

Kemudahan di bilik penginapan

Katil berkembar di bilik penginapan

ruang rehat di bilik penginapan

Pintu masuk ke bilik penginapan



 Bilik yang aku tempah ini sesuai untuk keluarga. Untuk kami dua orang amatlah selesa.

Perjalanan 6 hari 5 malam ke Sabah

Hari ini aku ke Kota Kinabalu, Sabah. Seperti kebiasaanya kalau travel aku memilih AirAsia kerana tambangnya yang murah. Tiket ke Kota Kinabalu telah aku beli pada bulan November tahun lepas dengan harga RM100.  Perjalanan kali ini mengambil masa selama 6 hari 5 malam. Perjalanan kali ini juga aku ditemani rakan yang sentiasa travel bersama ku. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Pesawat AK5110 yang berlepas dari LCCT ke Kota Kinabalu pada jam 2.10 petang tiba tepat pada waktunya 4.40 petang. 

 Pandangan dari tingkap kapalterbang 









Monday 19 September 2011

Jamuan Hari Raya Aidilfitri

20 September 2011

Jam 12.00 tengahari jamuan pun bermula. Jamuan kali ini merupakan jamuan hari raya aidilfitri yang terakhir diadakan di pejabat kami di Pusat Bandar Damansara. Tahun depan, insyallah jamuan Hari Raya akan diadakaan di pejabat baru kami yang terletak di Jalan Sultan Salahuddin. Beberapa orang mantan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah turut hadir di majlis ini. Antara juadah yang dihidangkan adalah nasi hujan panas, satay, laksa, mee tarik, nasi impit beserta rendang daging dan kuah kacang, air batu campur, ais krim dan pelbagai kuih mueh. Tidak ketinggalan daging kambing panggang. Daging kambing panggang menjadi favourite kerana tak sampai satu jam majlis bermula kambing panggang selesai. Yang lewat datang nampaknya kena tunggu jamuan raya tahun depan lah pulak.

Aku paparkan gambar-gambar di sekitar jamuan hari raya aidilfitri untuk tatapan saudara saudari.


















Bengkel Knowledge Management di Institut Tadbiran Awam Negara ( INTAN )

Minggu lepas aku berpeluang mengikuti bengkel Knowledge Management di INTAN. Bengkel diadakan pada 12 - 15 September 2011. Aku cite sikit tentang INTAN yang aku ambil dari website INTAN http://www.intanbk.intan.my

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) adalah sebuah pusat latihan yang terletak di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia. Ia bermula di sebuah bangunan kecil di Port Dickson pada bulan September 1959 yang ketika itu dikenali sebagai Pusat Latihan Kakitangan. Pusat ini memberikan kursus kepada pegawai-pegawai berkaitan pentadbiran tanah, pentadbiran kewangan, pengurusan pejabat dan pentadbiran kerajaan tempatan.

Hasrat untuk menyediakan latihan lebih formal kepada pegawai-pegawai kerajaan telah menyebabkan wujudnya Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Jalan Elmu, Kuala Lumpur pada bulan Jun 1972.

Perkembangan pesat latihan oleh INTAN dalam tahun 1980-an juga telah menyaksikan tertubuhnya beberapa kampus cawangan pada tahun 1983. Ini termasuklah Kampus Wilayah Utara (INTURA) di Sungai Petani, Kedah; Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu dan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor.

Pada tahun 1984, Kampus Utama INTAN yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya manakala INTAN di Jalan Elmu kemudian dijadikan Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH) pada tahun 1998.

Permintaan terhadap program latihan INTAN yang semakin bertambah kemudian telah mewujudkan penubuhan dua lagi kampus cawangan. Kampus Sarawak di Kuching, Sarawak telah diwujudkan pada tahun 1999 manakala Kampus Sabah dibuka pada tahun 2001.


Objektif Bengkel  Knowledge Management adalah seperti berikut:

1. Memberi pendedahan mengenai tajuk-tajuk asas dan konsep Knowledge Management (KM).
2. Meningkatkan pengetahuan peserta berkenaan pelaksanaan dan praktis KM di agensi.
3. Memberi pendedahan kepada KM System (KMS) dan isu-isu berkaitan pengurusan pengetahuan.